Thursday, January 16, 2014

Tragedi siling roboh

Gempar dan havoc seketika bila terima berita ini. Berlaku tengahari tadi di tempat kerja aku. Mujurlah masa aku lalu kat sini masa balik dari cari makan waktu lunch tadi benda alah ni tak jatuh lagi. Alhamdulillah. Siling ni dari bumbung luar bangunan. Mungkin da sampai masa dia nak roboh la tu kot... Aku macam biasa la menjadi wartawan tanpa dilantik menjalankan aktiviti menyiasat...idak ler menyiasat pun...dok menyibuk je mengintai dari dalam bangunan....pastu tangkap gambo. Yela..rugi la plak bila da ada henpon canggih tak digunakan sepenuhnya kan. Merajuk plak dia dengan aku nanti, sape susah? aku jugakkk...ape la gupenye kalau henpon merajuk ek? Ada macam dia minta ganti baru kot...hahahaha...tengah usha-usha nak tukar henpon tapi tatau mana satu kenan dek ati ni ha...eehh..melalut ke laut plak da nih... Moh berbalik kepada tajuk asal...
ehh...orang sebelah! await hang terjuntai terjelir macam tu?
haa...itulah siling yang roboh..terjuntai je tuh
ni gambar yang diambil dari dalam bangunan di aras dua...

arah anak panah tu pula siling yang dah jatuh....berkecai
mujur tak kena sesapa...
bawah siling ni merupakan laluan masuk ke pintu utama bangunan ni

masa ni angin kuat sangat
risau plak aku kalau-kalau siling tu dibawa dek angin ke parking lot yang berhampiran
cer cari mana satu kete aku...hahahaha

usaha menyelamat dilakukan

siling yang tergantung menunggu masa untuk jatuh je tu
ni pula pandangan dari aras empat

pandangan dari luar bangunan

aku ambil gambar ni masa nak balik keje tadi...
harap-harap pihak yg bertanggungjawab dapat mengatasinya dengan secepat mungkin








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

25 comments:

  1. uishh bahaya ni, kalau ada kecederaan serius kan dah jadi satu hal lagi...

    ReplyDelete
  2. Allah sgt2 bahaya...tapi lot parking tu jauh lgi..
    Alhamdulillah semua selamat...kn

    ReplyDelete
  3. Baik2 Ena, kang tertimpa atas kepala.... gi opis kena pakai helmet kalau camni. :D

    ReplyDelete
  4. Selalu tgk kat tv or paper...ni depan mata pulak

    ReplyDelete
  5. Bahayakan ena..Alhamdulillah tak ada yang tercedera...

    ReplyDelete
  6. bahaya ni. buat nya jatuh kat kepala. koma tau.

    wah rajin nau kau yer. kejap dari aras dua. kejap dari aras 4. memang mamarazi la ni.

    ReplyDelete
  7. uiss..mmg bahaya ni..nasib baik tiada kemalangan jiwa kan !..
    harap2 pihak yg bertanggung jawab dpt menyelesaikannya..
    salam perkenalan dari sy..done follow here #435 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak yg berkaitan tgh berusaha tu Roha

      Tq follow sini...salam kenal juga...nnti sy terjah sana pula ye

      Delete
  8. bahaya betul..nasib la takde kejadian tak diingini terjadi...

    ReplyDelete
  9. Bahaya nya Ina.. nasi baik masa jatuh tu takde org kat bawah kan..

    ReplyDelete
  10. mujur takde sape yang parking keta kat situ..kalo tak kes naya..huhu

    p/s : saya keje kat tangkak..sebelah je ngan jasin..sebab tu selalu p mydin jasin tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib takde kes camtu nick

      ohh..berjiran aje ye...ok la tu...

      Delete
  11. How to Play the Best Baccarat - FEBCASINO
    The septcasino Baccarat table is played with 4 players, including the choegocasino dealer who has the best score febcasino in a given row. In fact, this is an excellent bet if

    ReplyDelete