Monday, January 20, 2014

Sayunya hati ini...


Terasa sayu nak menaip entry hari ini. Hari ini aku kehilangan seorang anak buah yang sentiasa menghibur hati kami sekeluarga. Terasa seperti terlalu cepat Allah mengambilnya kembali dari kami. Ya Allah, hanya kau maha berkuasa dan hanya kau yang maha mengetahui. Sambil aku menaip ni, sambil tu aku terbayang2 wajah beliau, ketika dia senyum, ketika dia bercakap, ketika dia marah..Ya alllah....sayunya..


Wajah comel ini milik Mohd Najhan Danish, berusia 6 tahun. 
Mengidap kanser (aku tak sure jenis kansernya tapi punca dari kelenjar)

November 2013 - telah disahkan oleh doktor Hospital Putra Melaka mengidap kanser dan telah berada di Stage 3
Disember 2013 - pengesahan dari doktor Hospital Universiti KL telah berada di Stage 4
Disember 2013 hingga akhir hayat - menjalani kimo
20 January 2014 - telah kembali ke Rahmatullah

Kesakitan yang telah diberikan oleh Allah di dunia ini sebenarnya telah menjanjikan kebahagian untuk Najhan di sana. Makcu berdoa agar Najhan lebih berbahagia di sana. Biarlah kenangan yang ada menjadi pengubat rindu...


Al- Fatihah








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

9 comments:

  1. Al-fatihah, sayunya membaca. Belaiu akan menunggu ibu dan bapanya di pintu syurga. itu pasti..

    derita si anak kecil ni hanya Allah saja yang tahu

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah..takziah kak..syurga tempatnya..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah dan takziah utk ahli keluarga..

    ReplyDelete
  4. Al fatihah.... Sedih membacanya.
    Allah ingin menghadiahkan syurga buat kedua ibubapanya.
    Takziah buat Ena and family. Moga tabah menghadapi.

    ReplyDelete
  5. Comelnya..Al..Fatihah untuk dan takziah untuk Ena dan ahli keluarga...Ketentuan Allahkan...siapalah kita untuk menidakkannya!!!

    ReplyDelete
  6. Innalillahhiwainnailaihirojiun.
    Ya Allah hampir sebaya anak knor,dpt rasakn kesedihan, tapi Allah lebih menyayanginya.
    Syurga tmpat anak ini.
    takziah bt kedua ibubapanya.

    kita seharusnya bkn sedih, tapi merasa paling gembira kerana anak ini pastinya syurga.setiap ibubapa yg dtimpa ujian kematian anak adalh org yg sgt beruntung w'hualm.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah! sedihnya... Allah lbh menyayangi nya...takziah pada ibu bapa beliau...

    ReplyDelete
  8. Salam takziah. Tak ada dosa utk dihisab...kebaikan utk ibubapanya...Semoga tabah buat akak & family.

    ReplyDelete