Saturday, March 16, 2013

Oh si anai-anai...

huh! lama betul tak datang bertandang kat sini
sejak dua menjak ni agak kebizian sikit
seminggu jugak tak menjenguk kat sini
semakin berhabuk dan bersarang dah blog aku nih
biar la berhabuk asalkan jangan diserang anai-anai udah
itu lah yang berlaku kat stor umah aku nih

hujung minggu lepas
semasa aku bukak stor nak ambil barang
tiba-tiba aku ternampak tanah-tanah banyak kat keliling pintu
aku terus panggil hubby suh tengokkan
dia kata anai-anai da buat sarang kat stor aku
fuh! sudah! jangan dia merebak satu rumah sudah
dan dan tu jugak hubby terus keluarkan barang then letakkan minyak gas kat sarang sarang yang ada
tak cukup minyak gas minyak itam kereta pun dia redah letakkan jugak
dengan harapan anai-anai tu mati dan tak buat sarang lagi

 
semalam bila balik kerja..hubby dok jengah stor semula
tengok anai-anai tu masih bekerja keras buat sarang semula
ni da takleh jadik!...takut melarat satu umah
tadi hubby call tukang ubat anai-anai nak suh tegok kan
dia da datang tgok kan stor aku...
then dia kata next wek hari sabtu baru dia datang masukkan ubat
esok dia tak dan nak buat sebab dia cuti...
harap harap lepas ni anai-anai tu mati bersama angkatan dia
bahaya jugak ada anai-anai nih....silap aribulan leh roboh umah
walaupun umah batu dia mampu meranapkan dalam diam...huh!
 
 
nota tersepit:
ni pelan-pelan merangkak BW kat umah korang pulak...jangan risau aku tak bawak anai-anai k..hehehe
 


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

18 comments:

  1. serangga ni nampak jer kecil...bila dah satu batalion serang mau runtuh sebiji umah...
    Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ena...bahaya betul anai-anai ni kalau dah merebak mmg haru...:)

    ReplyDelete
  3. mmg bahaya anai2 ni.nik dulu keje di company pest control. mmg ramai org ada masalah ni. beribu2 jugak abis bila teruk sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum
      Berapa ye kos khidmat pest control ni, memang smpai beribu ke?rumah sy semut pokok buat sarang dalam rumah

      Delete
  4. makhluk kecil ni memang bahaya..
    pokok belakang rumah kak ada anai-anai. sib baik itik suka makan..heee

    ReplyDelete
  5. hoho.... bahaya tu. cepattttt musnahkan.

    ReplyDelete
  6. bahaya lah anai-anai ni, kalau dak kronik, jenis rumah kayu, tak boleh buat apa dah, samada pindah rumah jer.kalau ganti baru pun nanti keadaan lag worst...

    ReplyDelete
  7. bila tgk gmbr anai2 ni, rasa geli lak..hihi

    ReplyDelete
  8. pest control tau depa nk buat camana..sebabnya anai2 tak musnah dgn mudah..kena tanam ubat/racun dia dalam...dalam tanah.(korek lubang kecik keliling rumah...sy penah tgk depa mainten pest problm nih kat opis sy dulu...harap segera selesai dan dipermudahkan olehNya.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum ... umah mak kat kg pun dah naik makhluk anai - anai nih ... aduhaiiii

    ReplyDelete
  10. anai2 nie mmg parasit.sabo jer la klu dia dh mula membiak.bagus la tu cpt2 amik inisiatif utk bunuh anai2 nie semua sebelum mereka semakin bermaharajalela.hiks

    ReplyDelete
  11. Bahaya juga anai² ni walaupun kecil..moga cepat dimusnahkan anai² tu..

    ReplyDelete
  12. Bahaya kan anai2 ni? boleh rosak satu rumah klu tak hapus kan.. mula2 sikit, makin lama makin byk dia rosak kan...:)

    ReplyDelete
  13. mmg betul tu bahaya anai2 mmg boleh roboh rumah dibuatnyer

    ReplyDelete
  14. kena panggil pest control..tp mahal la plak kan..tembak pun confirm dia dtg balik...x tau la apa solution dia..

    ReplyDelete
  15. memang bahaya kalau ada anai2 kat umah ni..kan? harap anai2 tu tk merebak kat tempat lain pula..

    ReplyDelete
  16. salam ena, ada tag untuk join GA, free-free joinlah yer...

    http://skampung.blogspot.com/2013/03/malaysia-next-top-lucky-blogger-by-mak.html

    ReplyDelete