Thursday, November 28, 2013

Hari KhamisKU...


Selamat hari Khamis untuk semua. Apa yang ada pada hari Khamis untuk korang? Ape yang specialnya hari Khamis pada korang? Yela, hari Khamis ni bagus buat perkara² sunat. Seperti berpuasa sunat. Disunatkan untuk potong kuku..dan banyak lagi perkara yang baik boleh kita lakukan. 

Hari Khamis pada aku pula, adalah hari yang selalu aku nanti²kan. Nak tau sebab apa? Sebabnya aku dah jatuh cinta dengan "Islam Agamaku". Apa la pulak tu ek? hehehe..sebenarnya sejak 2 bulan ni aku mula menjadi peminat radio Ikim FM terutama setiap hari Khamis. Hari ini la tu...

pic: ciluk google

"Islam Agamaku" merupakan satu rancangan atau segmen bersama tetamu undangan yang terdiri daripada Saudara Baru Islam yang telah menerima hidayah Allah. Rancangan ini cuma satu jam, iaitu dari jam 5-6 petang. Ni dah cun² time aku balik keje. Dok dengar dalam kete je la. 

Yang menarik bagi aku untuk mendengar adalah kisah pengalaman mereka sebelum dan sesudah memeluk agama Islam. Dugaan dan cabaran semasa memulakan hidup baru sebagai Islam dan bagaimana mereka mengatasinya. Ketakwaan mereka dalam mendalami Islam juga sangat² menyentuh hati. Kadang² aku pun rasa malu sendiri bila mendengar, sebab aku yang sedia lahir sebagai seorang Islam tidak sebaik Saudara Baru kite ni. 

Sebenarnya daripada rancangan ni, banyak yang kita boleh belajar. Kita boleh tahu bagaimana anggapan orang bukan Islam tentang Islam. Bagaimana cara terbaik untuk berdakwah. Selain itu dapat motivasi diri kita sendiri serta dapat mengukur ketakwaan kita kepada Allah swt. 

Ok lah, itu aje yang nak aku kongsikan hari ini. Nanti cuba² la dengar ye. Kepada yang selalu dengar tu teruskanlah mendengar. Tak rugi. Ada ilmunya disitu yang boleh kita perolehi.



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, November 27, 2013

Eh..pening ar!


Eh..pening ar!...satu fenomena dah ha..gara² maharaja lawak mega la nih. Mana² aku pergi ayat tu mesti disebut². Tapi, cam seronok je...macam syok je...macam bess je...macam enjoy je bila disebut². Sebenarnya aku tengah pening nih. Pening tatau nak bercuti ke mana. Cuti tahunan aku tinggal 11 hari lagi. Macam gatai je nak habiskan...hahaha. i like!

-Sabah-
pic: ciluk dr google

Sebenarnya aku berhajat nak bercuti ke Sabah tahun ni. Sampai sekarang aku masih belum pernah jejakkan kaki ke Sabah. Kesian aku kan...Tapi disebabkan ada masaalah yang tak dapat dielakkan, aku terpaksalah bercuti dalam semenanjung aje tahun ni. Memang tahun ni kalau nak bercuti bajet dalam negeri aje wah macam la slalu gi luar negara ek? hahaha...Ok la kan, janji bercuti. Kat Malaysia ni banyak tempat² menarik yang boleh kita nikmati. Sekarang ni yang membuatkan aku pening ialah aku tatau mana nak pergi....adoiiiii...MESTI ke kena pergi percuti??..erkk

-Cameron Highland-
pic: ciluk dr google

Kalau cakap bercuti dalam semenanjung ni...pilihan pertama aku mesti Cameron Highland. Ni la satu² tempat yang paling aku suka...tatau la kenapa...aku rasa sangat² tenang kalau berada di Cameron ni. Biarlah berkali² pergi aku tetap tak jemu. Tapi tu la..korang tau² jela apa yang menimpa Cameron Highland baru² ni. Tu yang membuatkan aku terbatal nak ke situ.

-Pulau Langkawi-
pic: ciluk dr google

Bila Cameron Highland terkeluar dalam senarai, aku terpikir nak pergi ke Langkawi pulak. Tapi hubby malas nak drive jauh, dia ajak naik flight aje..hmm..ok takpe bole di adjust..letakkan dalam senarai teratas dulu...

-Genting Highland-
pic: ciluk dr google

Tapi!...tapi!...tapi!...anak² da bising² nak pergi Genting Highland. Ermmm ini aku tak berapa suka. Tapi kesian kat anak² pulak. Aku pun seriau gak nak ke Genting ni. Kan baru² ni banyak kes kemalangan kat situ. Tapi tula, kita cuma merancang Allah yang tentukan. Kita berdoa banyak² agar perjalanan kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Insha Allah. Ok..ni simpan dalam senarai jugak...2nd choice!


-Legoland-
pic: ciluk dr google

Hmmm..yang ni pulak pilihan si adik. Dok bising² ngan ayah dia. Sebenarnya baru je pergi Legoland ni. Bulan 5 aritu dah pergi tapi si adik tetap nak pergi lagi. Budak² memang la suka memain kat sini. Yang jadi masalah sekarang ni adalah si ayah dah berjanji ngan si adik.."kalau hotel legoland siap kita pergi lagi ye". Sudah!..pergi berjanji buat ape? kan dah dituntut! Tapi tula bila tengokkan rege bilik hotel dia untuk semalam je dah RM800-900 seram mak nak! Mahai kemain! Macam membazir pun ada. Ermm..nak masuk dalam senarai ke tidak nih? Masuk dalam senarai simpanan je kot...

-Pulau Tioman-
pic: ciluk dr google

Ni pulak pilihan my hubby. Pulau Tioman. Pantai yang cantik. Tapi aku lak yang tak setuju. Aku da serik pertama kali dulu pergi. Aku tak suka perjalanan bot dia yang lama. Dari darat nak ke pulau makan masa hampir dua jam. Letih akak! Kalau pergi naik flight..aku setuju!..hehehe..tapi..bila di rujuk pada kawan² waktu² begini tak sesuai nak pergi Tioman ni. Faktor cuaca dan tiupan angin laut memang tak sesuai. Ok selamat...terus dikeluarkan dari senarai..


-Cerating-
pic: ciluk dr google

Cerating pun cantik. Pasir dia halus. Kalau pergi sini boleh terus ke Terengganu borong keropok ikan. Aku pun suka..hubby pun suka. Boleh diletak dalam senarai juga..3rd choice! Perjalanan makan masa 5-6 jam dari Melaka. Eh..ni tepi pantai jugak. Kena survey cuaca dulu. Takpe masuk dalam senarai dulu...

Haaa..tengok tu, aku taip entry ni pun aku jadi makin pening...lagi banyak aku taip kang lagi aku pening...ape lagi korang yang dok membaca ni ha..pun sama pening gak nanti....eh pening ar!. Ok lah takmo dok cakap banyak...just nak tanye je kat korang...korang bercuti ke mana tahun ni? mana tau leh dapat idea atau lokasi baru dari korang yang boleh aku pergi. Ce citer! ce citer..!...heeeee







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, November 20, 2013

"Hari pertama masuk sekolah"


Hari Pertama Masuk Sekolah

hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca dan mengira
tetapi cikgu begitu tabah
mengajar kami sungguh-sungguh
bermula ABC sampai Z
hitung 1 sampai 10
baru ejaan dan jira-kira
kami belajar dengan lancar
berkat kesabaran
guru bijaksana
memberi pelbagai petunjuk
hari demi hari
kami pun mengerti
pelajaran nilainya tinggi
kami ingat setiap masa
jasa guru mendidik bangsa
sambutlah ini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU

Tiba-tiba aku jadi suka dengan lagu nih. Sampai da boleh hafal da lagu ni..hehehe..aku suka dengan lirik dia, penuh makna...nasib baik aku bukan cikgu...kalau aku jadi cikgu mau leleh air mata kalau dengar anak murid aku nyanyikan lagu ni...nak nak hujung tahun semasa jamuan perpisahan...touching seh!..sob sob..

Nak tau macam mana aku leh terjebak dengan lagu ni? haaa..ni disebabkan si adik la...sempena hari terakhir alam persekolahannya, sekolah tadika je pun..hehehe...macam biasala ada majlis konvokesyen. So, semasa majlis tu ada la sikit² persembahan anak² murid sekolah tadika dia yang berumur 4,5 dan 6 tahun. Si adik pun terlibat sama buat persembahan untuk sekolah dia. salah satu persembahan yang ada adalah nyanyian lagu Hari Pertama Masuk Sekolah ni la. Tiap² hari adik nyanyi kat umah dok hafal lagu nih...pastu siap bukak kat tab dia...cari kat tenet dok dengar lagu ni....da hari² aku ngadap dia...lelama aku pun da hafal sama lagu ni...hahaha

Berbalik pada hal konvokesyen...Ahad (17/11/2013) sekolah dia adakan majlis konvokesyen. Majlis ni diadakan di dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil. Pepagi aku da siap²kan adik..siap make up bagai. Cikgu dia da pesan awal² suh mama make up kan adik...siap² pakai baju kurung dan bertudung sebab persembahan pertama nanti adalah nyanyian nasyid. So, aku layankan ajela...

ni la adik....sempat gak aku amik gambo dia selepas dia konvo
"hai semua..kite da grade tau"

sebelum majlis bermula..
sebenarnya majlis konvo ni bergabung dengan dua sekolah iaitu Sekolah Tadika Al-Nur dan Sekolah Tadika Pintar Al-Azhim, adik daripada sek. Pintar Al-Azhim

persembahan pertama adik...nyanyian nasyid tajuk dia MuhamadKu
(gambar kabur sikit-sebab tangkap dari kerusi dewan-jauh)

persembahan kedua adik - nyanyian jalur gemilang

persembahan ketiga adik - tarian melayu

persembahan keempat adik - berbalas pantun

bersembahan kelima adik - sketsa gembala biri-biri versi upin ipin
adik jadi si gembala biri-biri
dia ada kata ngan aku...'mama adik tak nak la jadi gembala biri-biri tu'
aku tanye dia 'nape dik?'...dia cakap 'sebab gembala biri-biri tu suka menipu'
aku senyum je...aku cakap, 'adik tu berlakon je, adik jangan la jadi macam dia'
hehehe..pemikiran budak² kan...

ni saatnya adik dikonvokan..

bergambar besama kawan² dan guru....ni je kawan² dia yang 6 tahun

bergambar bersama penerima pelajar terbaik
adik dapat pelajar terbaik hafazan
kat belakang tu cikgu² dia..

acara last sekali menyanyi lagu Hari Pertama Masuk Sekolah
kedua² sekolah bergabung menyanyikan lagu ni

acara bersalaman dengan cikgu sesudah nyanyikan lagu tersebut
masa ni la aku rasa saat paling sedih sekali..
saat² akan berpisah dengan murid²...aku tengok cikgu² da nagis²...
seb bek masa ni adik tak menangis...
tapi masa last sekolah ritu, masa hari jumaat ritu...dia da nangis² da
balik je dia cakap...'mama adik rindu kat cikgu la'...'adik taknak cikgu lain, adik nak cikgu Idah jer'
sayang betul dia kat cikgu dia....

Begitulah al-kisahnya hari konvokesyen adik. Masa kita dulu² mana ada konvo² ni kan. Sekarang aje da macam² kan.

Akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih banyak² kepada Cikgu Idah, Cikgu Liza, Cikgu Ella...ye ye aku tau dorang tak baca pun blog aku nih...tapi...sebagai penghargaan kepada mereka aku nak gak post nama depa kat dalam blog aku nih. Terima kasih banyak², segala jasa, penat serta tenaga kalian dalam mendidik adik sangat aku hargai, moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.....

Jasa Guru Mendidik Bangsa....Terima Kasih Cikgu..







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, November 18, 2013

Petua hiangkan kesan 'Love Bite'

Ouchh!!..tajuk entry ni aje da menggambarkan sesuatu kan? hishhh.!!  seyes aku tidak berniat apa² yer, cuma ingin berkongsikan ilmu yang aku dapat bersama kawan²..tak salah kan? boleh kan? kan kan kan!

Ok..kat sini aku nak TEGASKAN entry hari ini dituju khas untuk yang sudah berkahwin....kepada adik-adik yang belum berkahwin tu bole gak baca sebagai panduan untuk masa depan....bukan untuk masa ini tau!! INGAT TUH!!!

Firstly, korang tau ke ape tu love bite? haa...gigitan yang "tu" la...alaaa..yang "tu" lah..hishh tatau gak ke...ermmmmmm cane nak cakap ek.??? aduss..terkelu plak lidah ni nak menerangkan...alaa..tgok ajelah gambo kat bawah ni...

pic: ciluk google
macam lebam kena pukul laki pun ye gak!..hehehe


Antara petua yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan kesan love bite adalah:

1- Ambil sebiji panadol, korang hancurkan dengan menggunakan sedikit air. Sapu pada tempat yang ada bekas love bite dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dengan air seperti biasa.

2- Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo). Titiskan/sapukan kat bahagian love bite tu. Biarkan seketika.

3- Boleh juga sapukan beberapa ketul ais batu di leher korang sehingga kesan love bite berkurangan.

4- Jika cara tadi tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian love bite sehingga pudar kesannya.

Kepada yang ada masalah sebelum ni, susah nak cover² love bite leh guna petua² di atas...selamat mencuba..






TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, November 4, 2013

Gambar tertunggak!...

Alhamdulillah esok masuk tahun baru bulan Islam iaitu Awal Muharam. Kepada rakan² semua Selamat Menyambut Awal Muharam. Moga peluang yang masih Allah berikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Insha Allah. Kepada yang masih bercuti hari ini, selamat bercuti. Kepada yang telah bertugas, selamat bekerja.

Aku bekerja hari ini, masuk opis...sunyi...macam datang kerja petang raya jer. Ramai yang bercuti lagi, big boss pun takdak..yahuuuu!!..mood kerja mula la merundum..hehehe dan dan la merundum ek?...yela kita bekerja pun kena tengok suasana jugak. Suasana pun memainkan peranan dalam membangkitkan mood seseorang untuk bekerja ye dak?? hahaha...alasan semata-mata!

Oleh kerana mood aku semakin merundum, tugas pertama aku hari ini adalah meringankan PC aku yang semakin memberat selaras dengan keberatan badanku ini hahaha. Aku delete fail² dan gambar² yang tidak diperlukan agar ada ruang sedikit untuk PC aku ni bernafas. Dalam dok belek² gambar² yang ada tadi, aku tejumpa gambar yang segaja aku ambil bertujuan untuk dimuatkan ke dalam blog aku ini. Baru aku perasan entry tentang gambar tu aku tak buat lagik!..demi menjaga hati gambar² ni agar dia tidak kecik ati dengan aku, aku merajinkan diriku ini untuk mengudate blog aku ini...heeeee

Haa..nak tau tak gambar ape kah itu? gambar ni aku ambil semasa jamuan hari raya aritu di tempat kerja aku. Seperti tahun² sudah, sekali lagi aku dilantik mengetuai menghias khemah raya untuk Bahagian aku. Tahun ini tema yang diberikan adalah Merdeka Raya, di mana Hari Kemerdekaan tahun ini kan jatuh pada hari raya. Manakala konsep menghias khemah adalah di atas kreativiti staf masing-masing. Cer baca SINI kalau nak tau cerita hiasan kemah aku tahun lepas.

Setelah berbincang dengan jawatankuasa yang ada, aku mencadangkan agar khemah aku berkonsepkan 'class room' di mana kita semua 'come back' ke 10-15 tahun yang lalu ketika berada di Tingkatan 6 (Form 6). Semua staf digalakkan memakai baju sekolah Form 6. No! no! baju raya hokeh! Huh! puas jugak nak cari baju putih...tapi demi semangat berpasukan, tidak susah jugak untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada staf lain. Mereka tetap memberi sokongan yang padu! Alhamdulillah...Hasil dari semngat dan kerjasama yang diberikan, khemah kami memenangi tempat pertama...juara seh! Alhamdulillah.

Oppsss..telebih plak aku membebel hari ini. Dah dah..moh kita layan gambo pulak...jeng jeng jenggg!!

sehari sebelum jamuan raya diadakan
semua turun padang menghias khemas
sempat mengecat lagi tuh!

gambaran khemah sebelum siap dihias....baru 10% je tuh

da namanya class room kan...meja skola kena la ada..ye dak?
comel je kan meja skola tuh....susun atur dibuat ikut selera aku..hahaha
teringat zaman ngetis² kat skola dolu²

warga wanita yang sama turun padang...sibuk jahit bendera tuh!
ngeeeeeeeee...

80% siap....nak pasang batu bata lak
skola kampung, pakai batu bata ajela...hehehe

di pagi hari sebelum jamuan diadakan...sempat aku ambil gambar dulu
setelah 100% siap di hias...
pandangan dari hadapan khemah..

pandangan dari sisi kanan...

pandangan dalam yang sempoiii.....
simbolik meja guru dan meja student

papan hitam yang dilukis dengan kapur..teringat masa skola dulu
akulah orang paling rajin melukis kat papan hitam kalau ada jamuan akhir tahun..rindunya saat² itu

semua siap sudah..tunggu anak murid masuk aje nih!..loceng tak bunyik² lagi la

pandangan dari sisi kiri...meja tepi tu adalah ruang untuk meletak bubur²
tahun ini kami diminta menyediakan aneka bubur...
bubur yang telah kami pilih adalah bubur cacar, bubur puluh hitam, serawa durian dan pengat pisang

haa..ni dia anak murid da masuk...anak murid tuo!..aku la tuh!..hehehe

macam nakai nakai je anak murid lelaki ni ek!

tulaaaa...dok nakai lagik!
kan ketua class da rotann!...nanti ko! aku habaq mak aku!

bergambar kenangan setelah diumumkan juara...


sekian sahaja untuk cuci cuci mata hari ini yer..
kalau aku jumpa gambar yang tertunggak lagi aku share kan lagi yer...tataaa!!









TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...