pic dari google - pemandangan dari atas
pic yang aku ambil ketika naik bot- pemandangan di danau toba
Danau Toba dan Pulau Samosir merupakan satu tempat yang terkenal di Sumatera Utara. Sesiapa yang datang ke Medan pasti akan berkunjung ke sini. Perjalanan dari Medan ke Danau Toba mengambil masa selama 4 jam. Tempatnya memang indah dan nyaman serta sejuk. Kalau di Mesia umpama kita berada di Cameron Highland gitu. Danau Toba juga merupakan tempat yang aku sekeluarga kunjung ketika bercuti di Medan tempoh hari.
Pembentukan danau toba ni adalah hasil dari letusan gunung berapi yang membentuk kaldera, kemudian kaldera tersebut menampung air yang membentuk danau. Pulau di tengah-tengah danau terbentuk dari tekanan magma di atas, namun tidak keluar magmanya, sehingga terbentuklah Pulau Samosir.
Danau Toba mempunyai legendanya tersendri juga telah menjadi cerita rakyat di Sumatera Utara ini. Asal usul terjadinya Danau Toba ini bermula pada dahulunya ada seorang pemuda yang bernama Toba, hidupnya sebatang kara. Dia merupakan seorang petani kecil dan sangat rajin bekerja. Selain itu, dia juga sering menangkap ikan menggunakan jala di sungai berhampiran rumahnya. Pada suatu petang ia pergi menangkap ikan, berkali2 dia menebarkan jala tetapi satu ikan pun tak dapat. Akhirnya dia cuba untuk kali terakhir dan berkata "jika tak dapat juga kali ni, aku balik aje la". Ternyata usahanya kali ini membawa hasil, di mana seekor ikan emas yang besar terperangkap di dalam jalanya. Dia pulang dengan hati yang sangat gembira.
Sesampai di rumah dia berhasrat nak masak ikan tu, tapi dia terperanjat sebab ikan tu dok main2 mata dengannya, ikan itu mengerlipkan mata dengan si Toba ni. "Pasti ke apa yang aku tengok tadi?". "Mungkin aku tersalah pandang kot". Pikir Toba. Namun semakin lama dia pandang ikan tu, semakin cantik ikan tu dilihatnya, warnanya yang keemasan, sisiknya berkilat2 akhirnya dia bertukar fikiran tak jadi nak makan ikan tersebut, tapi meletaknya ke dalam sebuah tempayan dan memberinya makan.
Esok pagi, Toba ke ladang macam biasa. Bila da petang, dia pun pulang, sesampai di dapur untuk mengambil jala, dia terkejut sebab terlihat makanan telah siap terhidang di atas meja. Dia sangat hairan, "siapa yang masak?"...tetapi disebabkan perut dia da lapar dia terus makan tanpa pikir panjang. Kerana dek kekenyangan dia terus tertidur dengan lenanya.
Begitula berlaku setiap hari, pada hari ketiga dia pura2 pergi ke ladang. Dia keluar dari rumah kemudian bersembunyi di sebalik semak yang berdekatan rumahnya. Tidak lama kemudian dia ternampak asap di dapur rumahnya. Dia terus bergegas pulang ke rumah dan terkejut bila melihat seorang wanita cantik jelita sedang memasak.
"Siapa kau? mengapa kau memasak untuk aku? tanya Toba.
"Aku ikan emas yang kau tangkap tempoh hari. Kau tidak membunuhku, jadi sekarang aku membalas budi dengan memasak untuk kau", jawab wanita tersebut.
Toba jatuh hati pada wanita tersebut, akhirnya dia memintanya menjadi isterinya.
Wanita tersebut menerima, tetapi mengenakan satu syarat, "Kau harus bersumpah, tidak sama sekali mengatakan aku berasal dari ikan". Toba bersetuju dan bersumpah, kemudian mereka bernikah dan hidup bahgia. Kebahagian bertambah bila mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Samosir.
Anaknya dimajakan sehingga anaknya menjadi semakin nakal. Dia juga selalu lapar, semua makanan dihabiskannya.
Pada suatu petang, Samosir disuruh ibunya membawa makanan kepada ayahnya yang sedang bekerja di bawah panas terik. Bila melihat anaknya datang membawa makan dan air, Toba merasa sangat girang. Namun, betapa kecewanya dia bila melihat isi bungkusan itu hanya lah sisa2 makanan dan tulang ayam. Dia capai botol air, ternyata bersisa beberapa titis air sahaja.
"Samosir anakku, mengapa ibumu menyuruhmu membawa makanan seperti ini?"
Samosir bercerita, "Aku lapar ayah, jadi aku makan nasi ayah sedikit".
Toba murka."Anak nakal. Dasar kau anak ikan!".
Samosir terkejut. Toba juga merasa bersalah, namun sudah terlambat.
Samosir menangis lalu berlari pulang. Kemudian menceritakan kepada ibunya. Ibunya berkata, "Sekarang kita harus kembali ke asal kita, nak. Ayahmu telah melanggar sumpahnya".
Pada ketika itu, cuaca tiba2 menjadi mendung dan hujan turun dengan lebatnya disertai petir dan kilat. Samosir dan ibunya kemudian lenyap.
Hujan terus turun hingga lembah digenangi air. Genangan air itu kemudian membentuk sebuah danau dengan sebuah pulau kecil. Danau itu dikenali Danau Toba dan pulau di tengahnya dikenali sebagai Pulau Samosir. [sumber]
Begitula kisahnya...opss sori ye entry agak panjang sikit arini. Harap2 korang tak boring yer. Ok da cukup!..cukup!...jom layan gambar kat bawah ni pulak....
Danau Toba International Cottage - tempat aku menginap
bergambar untuk kenangan...
pemandangan sekitar tempat aku menginap....beberapa perumahan di sekitar Danau Toba
penduduk di sini kebanyakkan merupakan Orang Batak Indonesia
hampir semua mereka beragama Kristian...
agak sukar nak cari makan di sini, kena cari orang Islam, baru leh beli makanan
bergambar beramai2 sebelum naik bot tuk melawat Pulau Samosir
atas bot...duduk kat belah atas
memang seronok dapat melihat keindahan sekeliling danau ini
saujana mata memandang...memang ilang semua stress
perjalanan ke Pulau Samosir ni mengambil masa 45 minit..
bot pun berjalan sepoi2 bahasa...60-80km/jam..
mmg slow and steady...rasa sangat2 tenang..
sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan...subhanallah..
satu lagi tempat menarik sebelum kami ke Pulau Samosir
kami ditunjukkan Batu Tergantung..
ni la gambarnya: Batu Tergantung (yang dibulatkan merah)
tgk bawah nih...aku da zoom kan ckit
nampak tak....batu kecik yang tergantung tu (yg dibulatkan merah)
nak tau lagenda tentang Batu Tergantung ni baca yang ni [sumber]
akhirnya...sampai jugak aku di Pulau Samosir
di sini banyak kedai2 jualan
para peniaganya terdiri daripada orang2 Batak di sini
kat sini aku bersoping lagi...di sini bersoping agak tenang berbanding kat Medan
banyak juga cenderahati yang kite bole beli kat sini
memang sewonokkk...huhuhu
stelah selesai, aku terus pulang semula ke otel..
aku berada di Dabau Toba ni selama 3 hari 2 malam..
setelah meninggalkan Danau Toba, destinasi seterusnya...
aku ke Berastagi...sebuah tempat yang kaya dengan buah-buahan
apa yang menarik kat sini...tggu next entry yer...sekian dulu...