Saturday, September 25, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Lihat ke atas lihat ke bawah
Pengajaran dari situasi ini adalah:
1. Bila kita tahu ada orang lebih hebat, lebih pandai daripada kita, dekatilah dia lalu pelajari sebanyak mungkin ilmu dari dirinya.
2. Sesusah-susah kita, sebodoh-bodoh kita (jika kita merasa kita kurang pandai), Ada orang yang lagi bodoh dan lagi susah dari kita.
Untuk kita mencetus perubahan hidup, lihat ke atas kita. Lihat orang-orang yang berada di tahap atas iaitu orang-orang berjaya, bos-bos dan taiko-taiko besar. Lihatlah supaya kita ada semangat untuk menjadi seperti mereka lalu merasai cetusan inspirasi untuk kita mencapai tahap pencapaian mereka.
Untuk kita mencetus keinsafan supaya kita mensyukuri betapa OK nya hidup kita, lihat orang-orang yang berada di bawah kita iaitu orang-orang biasa yang hidupnya cari duit di waktu pagi, kasi habis duit diwaktu pagi tu juga. Kita kena bersyukur kerana kita tak menjadi seperti mereka. Kita perlu bersyukur, sebab sekurang-kurangnya kita tak lah sesusah mana seperti susahnya mereka.
Jangan terlalu bangga dengan kedudukan kita sekarang, elak terlalu bangga dengan tahap pendapatan yang kita ada sekarang juga dengan kejayaan-kejayaan yang kita dah capai. Capailah lebih banyak kejayaan, kemudian dalam masa yang sama, ajak orang lain untuk turut berjaya sama-sama kita berusaha mencapai kejayan. Dalam perjalanan menuju kejayaan, selalulah lihat ke atas dan selalulah lihat ke bawah.
Tujuannya, supaya kita sedar siapa kita, apa gunanya kita.
Ibubapa bukan liabiliti
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya inginpulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapatseratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalaubalik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang takada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yangboleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahumenghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi jugamemberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yangmengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalamperjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wangsepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, sayamasih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah kekampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapiayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukankhas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukanekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang duaringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap denganpemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapajumlahnya. Emak terus-terusan selamba.Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalammemahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadisasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akansetiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Sayatidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalikperlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya ataudisampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapatsambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilansemakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapiselepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Sayamasih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancilmilik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang kekampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomikeluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupunperantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengajaatau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anaktetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang keranajumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampudiselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberianayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukarkereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakinrancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yangmeningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mulamenjejak menara gading.Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuksekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetapmemberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagaikorporat yang berjaya.Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsibersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalamkehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Merekabukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilahitu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugibetul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapimengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezekiberganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapanmereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabdaRasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarangdiperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalammana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADAMEREKA. Tidak ada?Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiriwalaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
Friday, June 18, 2010
Ujang
Bila tgk pada gambar-gambar nie teringat zaman dolu² masa skolah menengah...dok giler baca majalah Ujang nie...mesti xlepas peluang setiap episod. Siap simpan n kumpul dalam almari...Tu yang jadik otak kartun kat skola dulu..hahahahahaha.. Eh..bukan aku sorang jer yg buat keja ni...abang ngah aku n adik lelaki aku pun sama giler ler....
Tapi skrg majalah tu da xdak lagik....memula dok simpan dlm almari...pastu beralih dlm kotak..sbb da byk sgt....mana taknyer campur ngn majalah Gila-Gila dan sewaktu denganyer....sudahnyer dok simpan stor...akhir skalik...abah dok bakar sbb dia kata buat semak umah...uwaaa...mau x mau terpaksa rela jugak...sape yang berani lawan abahku yang garang lagik tegas!!!!
Masa baca majalah camni dolu...teringin gak nak jadik kartunis...aku suka tgk lukisan dorang, wlpun x menggunakan peralatan canggih spt skrg yg mcm bagai software yg boleh diperolehi...tapi kartun dorang ni mmg idup, leh dijiwai setiap pembaca. Sentimental velue tu yg penting..mmg class la lukisan dorang....
Selain tu aku pun ada gakz try² dok tiru lukisan kartun dorang tuh!...hehehe..konon² kartunis la. Al-maklumlah ada darah seni yg dialirkan dari abah aku. Cuma x diasah bakat jer..kalu x mau aku ganti sumer kartunis di mesia nih..cewah! perasan! Alaaa..yang sebenarnya bukan jodoh n jeki nk jadi kartunis kan...Kalu nak tau gakz...adik n abg ngan aku pun kaki melukis gakz...dorang lagi teror dari aku la...da namanya lelaki kan...lebih kreatif la otak dorang. Pernah jugak dorang dok pertandingan lukis kartun tuk suka²...tapi x pernah menang la...huhuhuhu...ada jugak dorang dok lukis kat buku² skola ...alaa buku tulis yang lebih-lebih dulu tu..hehehe...aku pun slalu gak guna buku skola yg lebih² tu...tapi tuk tujuan lain...nak tau tuk per??...mesti nak tau kan?...hehehe...aku nie kreatif len ckit dr abg n adik aku kot...aku wat tulis lirik lagu...hahahahaha..caya x...??? mesti x caya kan...tp yg pasti kena la caya jugak!
Kes Seluar Dalam Hilang
Yang... . kenapa bising2 ni"... ..jawap si isteri dgn nada marah... "ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! " Disambut pulak oleh si suami ... ." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi... " Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)" Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya... ."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!" Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. .. . " tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! "
HAHAHA.. KANTOI!!
Lawak Jenaka: Cara Nak Kuruskan Badan
Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.
"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.
Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"
Jenis Orang + Kentutnya
* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.
* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.
* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.
* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.
* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".
*Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.
* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.
* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.
* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".
* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.
* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.
* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik...
Kisah Seorang Suami
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"
Lari Dari Hospital
Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."
"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ….," kata si pengawal.
"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"
Pesanan Mak...
lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi."Fasal apa adik menangis", tanya Radhi."Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak.
Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak sudah pesan, kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa..".
Tahukah anda...
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat pemotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya
Wednesday, April 28, 2010
Monday, April 26, 2010
Membina yakin diri bermula dari membina ketenangan
Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu kita kena berlatih mengawal perbuatan kita dan mengawal percakapan kita. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap.
Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila kita bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan kita dikawal oleh emosi. Kita akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila kita selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai kita, bukan kita yang menguasai emosi.
Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan.
Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya.
Jika sebelum ni kita.. orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya kita merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri. Orang yang kita nampak konpiden, biasanya tenang-tenang saja.
3 langkah bagaimana untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita
Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika kita nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang kita sekarang ni dan kita betul-betul nak berubah, kita kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang. Cemana nak melupakan?
Ikuti 3 langkah di bawah:
Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira. Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita. Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita. tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.
Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, kita kena kawal emosi. Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Baik buruk sangkaan kita membawa kesan tersendiri
Bila kita berterus-terusan bersangka buruk, kita akan ditemukan dengan orang-orang yang berperangai buruk, benda-benda yang perkara-perkara buruk. Mesti kita tak nak semua ni berlaku kan sebab membebankan serta membuat kita kurang gembira. Lama-lama kita boleh jadi tertekan dibuatnya.
Bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, bersangka baiklah pada setiap orang yang kita lihat, orang yang kita jumpa dan orang yang kita bercakap dengannya. Mengapa? Supaya kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik.
Sekarang, untuk kita keluar dari permasalahan, rasa rendah diri serta ketidakyakinan, mulakan perubahan dengan melatih diri untuk selalu bersangka baik walaupun seburuk manapun situasi, walau seburuk manapun perangai orang yang kita jumpa. Bersangka baik dapat merubah situasi yang berlaku disekeliling kita.
Syaratnya, kita kena terus menerus bersangka baik dan elak untuk bersangka buruk walaupun hanya sesaat, walaupun hanya seketika. Sangkaan buruk yang sedikit akan memadam terus sangkaan-sangkaan baik yang kita bina.
Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang
1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.
4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.
5. Jangan bersikap pura-pura.
6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.
7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.
8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri.
9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.
11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.
12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.
Jika orang ketawakan kita....
Cara terbaik, lupakan saja. Memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi kita turun. Kesannya, kita tak bersemangat. Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk kita memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan kita, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian kita!.
Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita. Tak kira kita seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat kita.
Bila di ingat saat mereka mentertawakan kita, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga. Walau sekuat mana usaha kita mengejar kejayaan, jika kita selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda kita bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa kita sedari.
Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian kita, kerana ia membuat kita semakin bersemangat serta melatih minda kita supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita kita. Fikir kejayaan, minda kita akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda kita perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.
Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk kita semakin rajin berusaha. Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan kita, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!
Dalam pahit, ada manisnya
Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.
Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.
Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.
Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.
Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.
Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya
Mandi sebagai terapi minda separa sedar
Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan. Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika kita berniat mahu jadi insan cemerlang, kita perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban. Baru ada kemajuan!
Ketika kita sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri kita: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas kita selesai mengatakan ayat tu pada diri kita, buka mata. Kita akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri kita. Air yang membasahi tubuh kita akan membuat jiwa kita menyerap kata-kata semangat yang kita ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu. Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedar mudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.
Jadikan rasa bersemangat mendominasi kita. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu kita dan kenangan-kenangan pahit kita. Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati kita. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita. Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.
Monday, February 22, 2010
5 tips bagaimana untuk membangkitkan rasa percaya pada diri
Apabila kita rasa kurang yakin, kita akan tiba-tiba merasa takut, bingung, keliru. Kita bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tak tahu kat mana nak bermula dulu. Masalah ni perlu di atasi. Jika tidak, motivasi kita akan luntur dan kita hilang pedoman untuk meneruskan hidup.
Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri? Ini caranya:
1. Gali kekuatan-kekuatan diri kita, kemahiran-kemahiran kita yang kita rasa kita boleh buat dengan cukup baik. Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan kita, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri kita.
2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah kita capai, sebab ia membantu kita merasa yakin. Kita pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau disatu ketika dulu, jadi berkemungkinan kita boleh berjaya lagi di masa kini dan di masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat kita merasa yakin.
3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain. Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, kita akan bersemangat untuk memperbaiki bakat kita sendiri. Berkawan dengan mereka, elak bersaing. Untuk menang, kita perlu berkawan dengan musuh sendiri.
4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental. Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda kita tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat kita berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Kita tahu apa yang perlu dilakukan.
5. Selalu bertenang. Terdesak cemanapun, kelam kabut cemanapun, stress cemanapun, jadilah orang yang memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri. Lagipun, bila kita bertenang selalu semuanya akan terjadi secara teratur, tak le berterabur. Penyakit utama orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan suka merendah-rendahkan orang. Hati-hati dengan dua ‘penyakit’ dalaman ni kerana ia biasanya berlaku tanpa kita sedari.
Cara Mudah Untuk Set Matlamat
Cara paling mudah untuk set matlamat adalah memikirkan perkara yang paling penting bagi kita. Mungkin kita ada banyak perkara nak dicapai untuk tahun 2010. So dalam banyak-banyak perkara tu, pilih yang paling penting sekali.
Kenal pasti apa kemahuan kita, tanya diri kita apa yang kita nak capai. Kat situ kita akan jumpa matlamat kita yang sebenarnya.
Bila dah jumpa, set betul-betul dan jangan ubah selagi ia masih belum dicapai, walaupun hingga kita sendiri kena bawak matlamat tu ke tahun akan datang, mungkin ke tahun 2011, 2012 atau ke tahun 2015. Masalah ramai orang adalah, bila matlamat gagal dicapai, mereka akan melupakannya lalu memfokus pada matlamat lain. Masalah ni selalu berlaku terutama dalam soal duit. Relaks. Nak set matlamat sebenarnya senang aje. Kita aje yang merumitkannya. Sebab? Kita sendiri yang keliru apa yang kita nak capai. Kekadang kita terikut-ikut dengan matlamat orang lain sehingga kita sendiri tahu tahu apa yang kita nak capai sebenarnya.