Friday, July 27, 2012

Berbuka posa

sempena hari gaji yang mulia... di bulan yang mulia ini
aku memuliakan hati... belanja famili aku berbuka puasa
ceh! alasan je tuh
nak melarikan diri sibuk2 kat dapur...hehehehe
so pilihan menu tuk berbuka kali ni adalah ikan bakar
kami sekeluarga memilih tuk makan di kedai Ikan Bakar Seri Lido
yang terletak di Limbongan
kedai ni pun tak jauh sangat dari umah aku
just 10 - 15 minit gitu
ni adalah kali ke 2 aku makan kat kedai ni
1st time aku makan ialah pada malam kite nak sambut posa
pas solat terawih kat Masjid Al-Azim (masjid negeri Melaka)
aku sekeluarga singgah sini nak try2 makan
kerana ia sangat memuaskan hati
maka terjadilah kali yang ke-2 tuk kami sekeluarga berkunjung lagi
so...ni la singboard kedai tersebut
besar...dari jauh da nampak
mudah nak cari

aku tertarik ngan perkataan yang tertera tu..
"Cepat * Sedap * Segar * Selesa * Murah"

Cepat: pada pengalaman aku yang tidak seberapa ni...so far tak menunggu lama
Sedap: memang aku akui masakannya sedap masih leh layannn..
Segar: agak fresh ikan, udang, sotong dan sewaktu dengannye...still depa menjaga kualitinya
Selesa : ofcoz kalu ketiga2 di atas ada.....memang akan selesa dan menyelerakan
Murah: agak berpatutan...
kali pertama makan...just lebih kurang 60 hinggit lebih...
dan kali kedua makan menu yang sama tapi kali ni makan bersama nasi lemak...(yang 1st, makan dengan nasi putih sahaja...sbb nasi lemak dah habis masa tu..)...
dan tambahan beberapa cawan air buah...dan mungkin tambahan kilo/gram udang, ikan dan sotong maklumla nafsu org posa ni lain....kami dikenakan 80 hinggit lebih gitu....agak berpatutan
hubby dan kakak berselera menikmati hidangannya...
nasi lemak...wajib ada kalu makan ikan bakar
sotong goreng tepung...memang sedap
si adik dok ratah tepung sotong ni je...aku yg jadi mangsa makankan sotong dia
tapi mmg sedap pun..tepung dia rangup, menyelerakan....mmmmm walllaaa!!!
nie pula udang masak cili...pilihan hubby....nyamy2
sayur campur...untuk keseimbangan pemakanan...sayur harus ada
last sekali hidangan pilihan kami ialah
ikan siakap masak 3 rasa...meriah ngn hiasan kat atas ikan ni
ikannya pun besar...tak larat nak abiskan...terkulat2 memasing nak abiskan


#kalu sesapa datang melaka bole lah datang kat cni nanti
#dijamin puas hati!...wah..promote nmpak!


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, July 23, 2012

Manik bracelet tuk baju su

kali ni aku jahitkan manik tuk baju su
sepatutnya da siap semalam...
tapi terpaksa stop dulu sebab kehabisan pearl warna merun
tadi.. balik keje baru aku gi beli
so.. malam ni aku sambung jahit sampai abis
pilihan jahitan aku kali ni adalah jahitan bracelet
dan aku try jahit menggunakan dua jarum
agak mudah berbanding menggunakan satu jarum
so nie la hasilnya
sempoi je manik bracelet ni
just gunakan 2 warna pearl sahaja...merun dan biru
(bersesuaian dengan warna baju)
proses pertama: jahit pada lengan baju dahulu
seterusnya: jahit pada leher pula
jahit di sekeliling leher dahulu
kemudian buat tambahan di bawah leher
ikut panjang mana yang kite suka
siap sudah....ini di bahagian leher
dan ini pula pada lengan baju.....
k..itu aje...mudah je kan...

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Saturday, July 21, 2012

Ole-ole dari Cina

mak lang dan mak ngah aku baru balik melancong
terbang ke cina lagi..
seminggu jugak dorang pergi
kalu da melancong tak sah kalu tak bersoping kan
tapi ok la...ada jugak buah tangan tuk aku dan anak2
memasing hepi dapat buah tangan
terutama anak2
adik dan kakak dapat beg
adiknye warna hijau dan kakak warna biru
masing2 dah rasmikan malam tadi
guna isi telekong gi solat terawih kat masjid malam tadi
ini plak yang aku dapat
yang color pink tu k...
yang model2 tu dok gayakan
apron memasak
sulaman yang ditampal atas apron tu mmg cantik
dan ini pun tuk aku
magnet button gambar tembok besar cina da letak kat peti ais da..
dan...sarung kotak tisu sutera dari cina...
leh pakai raya nanti...hehehe

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, July 20, 2012

Potluck kat opis

hari ni...
bebudak opis aku telah bersetuju tanpa berwali hakim
telah memilih tuk wat potluck
tujuannye xde pape pun..just suka2 sempena sebelum posa
sok da posa da...
so arini je yg ada tuk balun makan byk2...
aku suka!...aku suka!...hehehehe
kami bermurah hati menyediakan pelbagai juadah
ada pemberatnye
ada pencuci mulot nye
dan ada yg sesempoi jer
majlis bermula seawal 830 pagi dengan bacaan yasin...diketuai oleh mem aina
seterusnya bacaan doa oleh imam erol
pastu baru la sesi balun makanan...
jom intai ckit juadah potluck arini...

tu diaaa...penuh satu meja nih...

1 - dadih...tajaan aina
2 - puding....tajaan yat
3 - karipap....tajaan erol
4 - muffin - tajaan aku

5 - masak lodeh.....tajaan nani
6 - crunchy.....tajaan linda
7 - kek indulgence secret recipe....tajaan niza dan nani
8 - roti jala.....tajaan yat dan k.ida

9 - rendang ayam dan nasi himpit...tajaan linda, raja, ikin dan fadh

selain tu ada buah-buahan....tajaan big boss

aina bersama sang pisang.....

k.ida, aina n linda..."jemput makan sumer"

niza, aku dan fadh....layan perasaan dulu sebelum sesi melantak....

ok..abis daaa...
tuk sumer kenkewan...
Selamat Berpuasa
Selamat Bersahur dan
Selamat Berterawih
Semoga ibadah Ramadhan kali ini penuh keberkatan dan diredai..insyaAllah...amin.


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, July 19, 2012

To Do List

tgh syok² wat keje
tetiba email baru masuk
tgk...rupanye dari member opis
aku terus click n baca
tajuknye pun cam nenarik
kat ctu member aku ada note kan: " jangan lupa tick ye..."
dia attached kan sekali satu file
aku try la bukak
nie yg appear
checklist tuk ramadhan rupanya..
just tick je kat kotak yang berkaitan apa yang telah kite laksanakan sepanjang ramadhan
sangat berguna
tu yg nk syear kat dlm ni
ada sesapa yg berminat leh click pd gambo atas tu untuk dapatkan image besar
pastu leh printkan tuk kegunaan sendiri
dari cni kite leh nilai amalan kite selama sebulan ni
aku da print satu
kite tgk sape punye kotak paling banyak tick...nak?...
yang paling banyak dia menang.....hehehehe...gurau jer...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sejarah Solat Lima Waktu

aku dok surf tenet cari gambo² yang sesuai
tuk design buletin khas ramadhan tuk department aku
tetiba aku terbuka satu blog ni:
http://www.bloggermuslim.com/2011/11/kebesaran-allah-di-sebalik-tubuh-manusia/
tajuknye membuatkan aku berhenti seketika untuk membaca
"sejarah solat lima waktu"
kite mungkin pernah dgr sejarah ni masa skola dolu²
tapi tu la....da lama tinggalkan
mesti da byk lupo
moh kite refresh smula palajaran kite sendolu² tu...
Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu
ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila
fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat

- Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
- Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,
lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

- Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
- Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
- Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
- Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s.
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
- Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
- Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
- Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
- Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa
a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut
iaitu:
- Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
- Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
- Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada
ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan
semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
- Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
- Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
- Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
- Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
>
>
>
>

pas baca ni agak²nye ingat lagi x kisah² solat² nih?


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, July 16, 2012

Murah rejeki....

aritu balik kampung
mcm2 buah tangan aku dapat
murah rejeki aku aritu..Alhamdulillah
abah bungkuskan rambutan n mangga
mak bungkuskan lauk daging masak asam..feberet aku tuh!
dah owg melaka...masak asam mmg wajib ada...tiada sunat atau makhruhnya
tapi yg paling bes bungkusan yang berisi pyrex
dari UK lagi...bukan ulu kelang tau...UK yg satu lagi tu
tau kan maksud aku tu?
ni merupakan hadiah dari adik aku
dia belikan masa dia sambung belajar kat UK
selain tu aku dapat lagi satu set Fruits Tableware..
bertambahlah koleksi pinggan mangkuk aku
ceh!...mcm la ada byk sangat ek
idak ler byk yang aku ada punn...
ckup la tuk guna jamu2 tetamu kalu datang
maleh nak beli byk...xde tempat nak simpan
space terhad!...huhuhuhu

3 set mangkuk pyrex yang jernihset fruits tableware...yang specialnya gambar2 pd cawan dan pinggan tu semuanya adalah lukisan tangan (hand painted)


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Bekal aku arini

arini aku bawa bekal gi kerja
mmg susah nak nampak aku bawa bekal nih
maksudnye bekal yang aku wat sendiri
kalu bekal yang beli dari luar tu slalu la jugak bawak
pagi ni aku sempat sediakan nasi goreng
yang sebenarnya aku nak masak tuk kakak
dia nak posa arini
nak wat tuk makan sahur dia la kononnyer
tapi dia cakap tak lalu nak makan
dia pilih makan roti aje la
last² aku je la yang bawak
tapi memang la...
kalu aku pun...time sahur nih roti aje yg jalan
nak mkn nasi ni kureeeeng ckit...
ini lah hidangan nya
nasi goreng + telur dadar dan dimakan bersama keropok ikan
eeemm...menyelerakan
zoom in ckit..
keropok ni si deng yang bagi aku
dia baru balik kelantan hujung minggu lepas
petang smlm baru goreng..
tu pun hubby aku yang tolong goreng...hehehe..bertuah badan..

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, July 15, 2012

Sarapan pagiku yang sempoi..

pas solat subuh..pewot da menyanyi..
terasa lapo sesangat
mula la pala ni pkir nak makan memacam
then trun bawah bukak peti ais
cari something leh makan...
tetiba terpandang telur yang hubby beli aritu masih belum terusik
da terbayang..kalu dpt makan sambal telur ngan nasi panas pun sodap....perrghhh!!
pastu pkir balik..nak kene masak ke???
usha-usha bahan..
ermm...xde benda nak masak
bahan yang de skrg..
burger, baki sayur kubis aritu and telor
rumah aku ni simple je...janji de sambal sumer selera makan
last2 aku wat keputusan tuk masak
tetiba plak rajin
ni la org cakap...rajin xbertempat
nak masak time xde bahan
tapi xpe la...lagipun pagi ni hubby de lawan bowling
so xyah la susah2 nak kuar sarapan lagi
sarapan aje kat umah ni ha
hampir satu jam aku bekungfu di dapur
so ini la hasil menu sarapan pagiku yang sempoiiii
sambal telur
daging burger tadi aku masak ngn sos xtau la resepi ape...tetiba plak dapat idea
kubis goreng
siapppp!!....da xsabo nak makan ni...bismillah....
opssss!!....lupa...jemput makan....:P

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Saturday, July 14, 2012

Terjah UTC

arini aku terjah utc
sebelum ni aku ada citer tentang perasmian utc kan
kali ni aku pergi sendiri utc setelah ia beroperasi sepenuhnya
tujuan pergi adalah untuk membayar bil-bil
laa...da lupa eh pe tu utc?
k..meh kite flashback semula..
utc tu bermaksud Pusat Transformasi Bandar
merupakan satu pusat yg menyediakan pelbagai perkhidmatan
haaa...da ingat la tuh..kan..kan..kan?
sesampai je kat bangunan tu..
terpegun jugak tgk dari luar
pandangan luar hadapan bangunan utc
ruang lobi...kena daftar dulu sebelum masuk
yang menariknya penyambut tetamunya terdiri daripada kaum india dan cina
konsep satu mesia
papan panduan/directory...membantu kite ke lokasi arah tuju
ruang cafe...menarik...terletak di aras bawah..
segala bagai mesin bank pun ada disediakan di dalam utc ni
juga terletak di aras bawah sekali
kios polis dan kinik 1mesia juga berada di aras bawah
tempat pertama yang dituju...byr bil air.....di aras 3
bayar bil letrik pulak kat counter tnb...juga di aras 3
seterusnya ke counter pejabat pos...nak bayar bil indah water...di aras yang sama
jenguk2 Jabatan Pendaftaran...di aras 2
pelbagai counter di aras 5
tujuan ke sini nak cari counter mbmb
hubby nak bayar saman parking
sesi tawar-menawar kos saman antara hubby n pegawai counter mbmb
yang ni pulak...sesi sembang @ gosip sementara menunggu customer
akhir sekali sebelum balik
kami singgah di kedai 1mesia di aras bawah
tuk beli air n coklat


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...