Thursday, July 19, 2012

Sejarah Solat Lima Waktu

aku dok surf tenet cari gambo² yang sesuai
tuk design buletin khas ramadhan tuk department aku
tetiba aku terbuka satu blog ni:
http://www.bloggermuslim.com/2011/11/kebesaran-allah-di-sebalik-tubuh-manusia/
tajuknye membuatkan aku berhenti seketika untuk membaca
"sejarah solat lima waktu"
kite mungkin pernah dgr sejarah ni masa skola dolu²
tapi tu la....da lama tinggalkan
mesti da byk lupo
moh kite refresh smula palajaran kite sendolu² tu...
Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu
ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila
fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat

- Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
- Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,
lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

- Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
- Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
- Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
- Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s.
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
- Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
- Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
- Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
- Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa
a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut
iaitu:
- Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
- Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
- Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada
ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan
semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
- Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
- Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
- Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
- Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
>
>
>
>

pas baca ni agak²nye ingat lagi x kisah² solat² nih?


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

10 comments:

  1. saly bru jer tahu.. sbb x pnh nk thu cari rahsia dsebalik smua solat.. terima kasih ye ena ats info bguna ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kan...kite biasa dgr citer jumlah solat yang dicadangkan pada zaman nabi je kan....moga info ni leh kite share pada ank² kite plak...

      Delete
  2. Good info! thanks kak!
    *wah harus akk jd ajk buletin, tgn dan idea akk mmg kreatif. sape takleh lawan kan! hihi.. miss u kak!

    *kak! pehlis buang word verification tu kat bahagian setting, leceh tau aii nak komen kene taip WV tu, aii bukan robot tau! hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaaiii as...xkretif mn pun...tu sumer anugerah tuhan...eh..miisszzz u 23465789...15 jugak

      #permintaan u telah i tunaikan...pasni da xjd robot lg...hehehehe#

      Delete
  3. memang tak pernah tau pun tentang ni. teruk kan.
    terima kasih kerana info ni. at least saya boleh sampaikan kepada anak anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...tula anak² kite mesti kena tau jugak nih...

      Delete
  4. salam kenal,

    erm baru tau nieh, dulu cikgu xder cerita pape pon, ker masz yang dah lupa.. haha
    very good info

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak...tq 4 follow
      da lupo tu kot..hahahahaha...

      Delete
  5. info yg sgt menarik!!

    makneng follow ena
    jom follow makneng

    ReplyDelete