Thursday, February 28, 2013

Warkah dari kakak..

hamboiii tajuk da macam tajuk novel gitew!
actually semalam besday MY hubby
malam tadi celebrate..lanja dia makan²
hadiah da beli awl² aritu kan..cer baca SINI
setiba je kat kedai makan...
jeng jeng jengggggg....(mcm la suspen sgt ek?)
si kakak bagi satu sampul surat kat ayah dia

pink lagi sampul dia..siap ada reben purple kat atas tuh!

bila da bukak...haa...hamikkk..macam buat karangan
semasa dia hulurkan surat ni kepada ayahnye....dia cakap:
i want you read this now
 and i want you know i wrote this...all from my heart...

------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...
Ayah...
Ina berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian hidup ina. Seorang lelaki yang telah mengajar ina untuk mencintaiMu ya Allah. Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solat ina. Seorang lelaki yang meletakkan nama Nur Shawalina dalam lautan doanya untukMu. Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk ina, mama dan adik. Seorang lelaki yang selalu selalu menarik hati ina untuk membakar kelemahan dan kekurangan ina. Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya. Seorang lelaki yang mengharap doaku dalam kehidupannya. Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku. Sorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluarga. Seorang lelaki yang aku ingin untuk mendampingiku menuju ke jannahMu. Dan aku berdoa untuknya. Berilah kekuatan kepadanya untuk menghadapi ujianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menimpa. Ya allah berikan ayah aku kehidupan yang mulia, sehingga dia dapat memuliakanMu. Berikan di hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah dariMu untuk mentarbiah kami. Berikanlah di dada yang lapang sehingga dapat bersabar dalam mendidik anak titipan dariMu. Berikan umur yang berkah, sehingga tiap detik waktunya tak sia-sia di mataMu.
Amin Ya Allah

Ayah,
Ina tahu ina banyak buat salah dengan ayah. Ina tahu ayah dan banyak kecewa dengan ina. Ina tahu ayah risau tengok ina main². Maafkan ina..ina takde niat nak tinggi suara..sakitkan hati ayah...Ayah ina sayang ayah...Ina takde duit nak bagi ayah apa² hadiah...ina sebenarnya tak ada apa² pun untuk ayah...ina hanya mampu berdoa untuk ayah..Selamat Hari Lahir Ayah...May Allah Bless You...

It been 14 years breathing in this world Ya Allah....My father is the one care's about me...really protective...Ya Allah...give me a chance to repay back what have he does to me, all of his love, care, joy...always these for me...i want to present my love to him...He is the one I love after my mother....

By: Ur Daughter

------------------------------------------------------------------------------------


nilah kata² yang dia tulis dalam surat ni...(puas jugak aku nak menaipkan semula)
sayu jugak bila aku membacanya pagi tadi....sebak la sekejap...
si kakak memang manja sgtttttt dengan ayah dia nih
ayah dia pun takleh pisah ngan anak dia nih.....mesti sentiasa kena ada depan mata dia
aku takde depan mata dia takpe..(wah sentap pulok! hahaha)
sebab tu la masa antar kakak masuk asrama aritu tak sampai seminggu dia da check out kan anak dia dari asrama
huh!..ada ke patut!..paling kelakar tu...semasa kakak kat asrama, malam² sanggup round kawasan asrama ..dapat tgok asrama pun jadik la...mmmm....APTB ar!

opsss...nak selit kan jugak...
nak tahu ape si adik bagi kat ayah dia pulak?
ni anak manja ayah no.2...asik berkepittt je ngan ayah dia..!
tak bagi chance langsung kat mama dia..hahahaha...


tudia...perfume...
aku da lupa perfume apa nih..
perfume ni dapat masa aku beli tudung aritu
kerana aku adalah mmber tegar kat kedai tu....
budak kedai tu bagi aku percuma 2 botol perfume
so si adik ambil satu terus hadiah kepada ayahnya....bijak! bijak..!
free of charge maa...k la tuh kan....
ada jugak inisiatif dia nak meraikan besday ayah dia...


nota tersepit:
pada aku....perlu juga kita terapkan kepada diri anak² agar sentiasa menghargai orang yang kita sayang atau orang yang menyayangi kita.

bukan hadiah yang mahal atau mewah yang diharapkan...tapi keikhlasan hati dan kasih sayang lah sebenanya yang membawa kebahagiaan yang berpanjangan...




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, February 27, 2013

Kekakuan TanganKu!

Gambarajah 1:


aktiviti di taman permainan


Gambarajah 2:

bergotong-royong membersihkan laman umah



Soalan:

1. Rujuk Gambarajah 1 dan 2, sila buat ayat menggunakan 10 kata kerja yang terdapat di dalam gambarajah tersebut. (100 markah)


amacam? ada macam cikgu tak?...muhahahahaha!
dah..dah...abaikan soalan atas tuh....tak berkaitan pun ngan tajuk entry nih...
yang berkaitan adalah...tu lukisan tuh...
ia hasil air tangan aku yang KAKU nih!..
maklumla lamaaaaaa..da tinggalkan alam melukis nih
last melukis masa amik SPM dulu....berpuluh tahun yang lalu...
mau tak KAKU se KAKU nya lukisan tuh!
nape ek tiba2 aku melukis nih?...hehehe
sebenarnya kakak ipar aku yang mintak tolong lukiskan
dia cikgu Bahasa Melayu...nak gunakan lukisan ni tuk anak murid dia, Tahun 2
makanya dengan tidak sampai ati aku nak menolak permintaannya
aku try la se the best yang boleh melukiskan jugak...
hasilnye TETAP KAKU...erk!


nota tersepit:
lukisan ini dilukis menggunakan pensel 2B dan diikut dengan pen hitam berdakwat basah di atas kertas A4...free hand tanpa menggunakan mana2 perisian komputer...nga nga nga!

antara rujukan gambo adalah melalui buku skola anak....huhuhuhu




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, February 26, 2013

Cara menyeramkan - kekalkan kecantikan wanita

orang wanita, siapa yang tidak mahu cantik? semua orang mau cantik kan. pelbagai cara atau kaedah yang telah digunakan bagi mengekalkan kecantikan wajah nih.

kat sini aku nak share kan sesuatu yang telah aku baca iaitu cara yang menyeramkan untuk mengekalkan kecantikan wajah seseorang wanita...nak tahu ape yang menyeramkan tuh...meh baca bawah ni...

seorang pekerja memberi urutan perubatan kosmetik kepada pelanggan menggunakan siput Afrika di salon kecantikan di bandar Siberia Rusia Krasnoyarsk.

salon kecantikan ini yang dimiliki oleh Alyona Zlotnikova, adalah satu²nya dirantau ini menggunakan kaedah siput ini, yang dipercayai dapat membantu dalam mempercepatkan penjanaan semula kulit, menghapuskan kedut wajah, parut dan burn marks.


macam sipu babi je kan

bukan sekoq je digunakan tapi berekoq²...yerrkkk!!

cane la kalau siput tu merayap² kat badan ek!..eeeee

puas le nak gi mencari siput² tu...
mesti depa ternak siput² ni kan...


nota tersepit:
seram tak bagi korang? pada aku bukan seram...tapi geliiiii laaaaa...!!!



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, February 24, 2013

Jalan-jalan Cari Hadiah!


setiap tahun dalam bulan Februari
aku mesti kena cari hadiah
bukan untuk sorang
tapi untuk dua orang
kenapa aku kena cari?
sebab bulan ni merupakan
bulan kelahiran si kakak dan my hubby
tarikh lahir kakak 16 Feb dan hubby pula 27 Feb
nasib baik si adik bulah Januari...
kalau tak, nipis duit aku..hahaha..

semalam jalan2 kat Jaya Jusco
cari hadiah depa la
nak tahu apa depa dapat?..meh tgok...

jam tangan B.U.M untuk si kakak
warna ni aku yang pilih...merah + itam + silver
nampak macam eligen gitu!
si kakak lebih suka jam yg sporty..biasala budak2 skola sekarang kan...
 
ni pula...seluar POLO untuk hubby
kenapa dia pilih seluar?...
sebabnya saiz pewotnya semakin membesar dengan sehatnya
makanya angka lilit pinggang pun turut meningkat...
banyak seluar da tak muat..hahaha
 
dalam sibuk2 mencari...si adik pulak cemburu
dia kata kenapa semua orang dapat beli barang
adik tak dapat....mula la sesi air mata dia bermula (melalak la bagai)
hermmm....terpaksala aku belikan jugak something tuk dia
belikan sesuatu yang memang dia suka...
 
tu dia....kasut baru tuk adik...
da tak beli yang bertumit2 lagi...
sebabnya dia kata susah nak turun dari kereta cikgu dia yang tinggi
cikgu dia pesan...jangan pakai kasut tinggi...nanti nak turun kereta jatuh
biasa selepas abis waktu sekolah (sekolah tadika)...cikgu dia akan hantar dia ke taska
so...bila nak trun dari kereta exora cikgu dia
dia kena melompat sedikit....sebab tinggi kan
then cikgu dia takut dia jatuh tu yg dia pesan lain kali pakai kasut rendah
kasut sekolah ada..tapi aku tak suka sangat dia pakai
sebabnya leceh nak sarung bagai..pagi2 kan selalu nak kejar2 masa...
jadi bila da ada kasut ni...da senang dia nak melompat...
 

 

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, February 22, 2013

Dapat Kain..!

kain pasang 4meter
cantik tak?
lamaaaaaa da aku berpuasa beli kain meter atau baju baru nih
sejak lepas raya tahun lepas...
sebabnya da tak tahan nak kena iron baju banyak2
alih2 terpancul selai ni plak!
tapi ni bukan aku beli tau!
tapi ada member dekat tempat kerja aku yang hadiahkan
cantik sangat...sangat2 menghargai
ni tengah berpikir2 nak buat baju ape..
baju kurung ke baju kurung moden
corak kain ni jenis berkaki....mcm cantik buat kurung moden je kan...
ape pendapat korang?







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, February 20, 2013

Jangan Tipu Sendiri!

tengahari tadi aku pergi ke kedai stationary...
mencari barang2 untuk projek opis aku
tengah khusyuk2 dok cari barang yang diperlukan..
tiba2 aku terpandang satu note di satu sudut

nampak tak note yang tertampal pada dinding di sebalik gam tu
haaahh!! ape?..tak nampak ker?
jap aku zoom kan sikit...cer tegok bawah..
 
haa..ni lah yang aku terbaca
apakah maksud kata2 ini?
ini adalah amaran kepada customer...jgn cuba2 mencuri
nanti dapat pembalasan dari tuhan..
hahahahahahahaha...!!!
memula aku nak tergelak masa baca nih...
tapi cover2 sebab takut tuan empunya kedai perasan
tapi sempat juga aku snap gambar menggunakan hp
haaiiii...macam2 ragam peniaga ni kan...
 
 




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, February 19, 2013

Bayar Utang dalam Gelap....

muko serius je ek! kalau senyum mesti macam gulakan..hahahaha..perasan!

ni lah aktiviti aku sepanjang lunch tadi
melakukan aktiviti ini dalam gelap
kat opis aku nih bila lunch memang tutup lampu...
ala² romantik gitew!..yg bebenornye nak jimat letrik!
sambil² tu telinga disumbatkan dengan lagu² dari Cik SuriaFM online..memang layannn seh!
sambil² tu jugak mulut aku ni kalau tak mengunyah memang tak sah!..

ni lah yang aku dok kunyah sesambil ber BLOGWALKING tadi
membayar UTANG yang dah lama tertunggak
harap² ada yang tak tertinggal..
kalau masih ada yang tertingal..meh habaq mai no!...
nanti cek langsaikan utang tu no!.(amboi skeping penang lagik!..menjadik tak?)

sebenarnya nak menyampaikan hasrat ati jugak nih...
terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih banyak² kepada yang sudi Follow blog aku yang tidak seberapa indah dari segi entry dan rupa paras nya...
tapi aku agak TERKILAN sikit sebab aku tak dapat nak follow korang semula..
bukan kerana aku sombong atau nak menyombong..
sesungguhnya aku ni sebenarnya seorang yang mesra alam dan mesra manusia
cuma aku tak jumpa LINK umah korang tuk buat kunjung balas...
harap² sesapa yang nak aku follow semula silalah tinggalkan link sekali yer
agar aku dapat ketuk umah korang semula yer...

assalamualaikummmmm..haluuuu..dinggg! donggg!..bukak la pintuuu..
sape kat dalam? saya diluarrr...!!!...hahahaha tetiba plak aku!



nota tersepit:
lega rasa bila da langsaikan utang....baru la lena nak tidoq malam...hihihihi..
korang masih ada utang tak??







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, February 18, 2013

Singgah Bharat Teh Pulak!


sehabis bersoping sakan dekat pasar malam Brinchang
aku singgah pula Bharat Teh..
niat asal nak pekena teh kat sini..
tapi disebabkan si adik da desak² nak jalan² kat kebun teh
aku pun turutkan aje kehendak dia..sebabnya da tak larat nak layan kerenah dia dok menangis bagai...adoiiiiyaaaii...sabo kan je la!
so..sambil jalan ke kebun...WAJIB la bergambar kan..hehehe
beraksi di kebun teh...nasib baik tak pasang lagu..kalau dipasang lagu mau aku golek2 menari macam filem hindustan...hahahahahaha
meh la saksikan aksi² terlampau model² profesional kat bawah nih!..

sampai² je da tangkap gambo kat pintu masuk sebagai kenangan..
pemandangan dari atas....dari cafe Bharat Teh

lokasi yang nak dituju oleh adik...jauh seh!..nun jauh ke bawah...
naik lenguh kaki dok menurun dan mendaki....

tangkap gambo lagi..

tengah training petik daun teh nih!...ada gaya tak?

lagi bergambar...
adik dan kakak sepupu dia, nadia

kakak dan sepupu dia, nabila

duduk kerana penat...sambil manikmati keindahan kebun teh
sempat amik gambo lagi..

bergambar lagi....stop kejap lepaskan penat...


1...2...3...balingggg!

stop lagi..bergambar lagi...

akhirnya..sampai ke lokasi yang dituju

puas ati la tuh!.....dapat yang dihajati!
bergambar lagi..

lagi..lagi..dan lagi..


bersama ayah.....
ayah tak turun sama..dia dok tunggu kat atas aje...

sebelum balik....bergambar kenangan lagi..


last..last....sebelum naik kereta...
posing lagi...
sekian..


nota tersepit:
tak sempat nak BW semua...mana yang sempat aje dapat singgah...mana yang tak sampai lagi, nanti aku singgah yer...tengah mencuri² masa yang ada nih!..
  

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, February 15, 2013

Soping Time!

selepas pekena aiskrim yang marbeless...
kami bersoping pulak
memang sengaja datang awal kat Pasar Malam Brinchang nih
nak elak dari jem...tiba hampir pukul 3.30 petang gitu...
da ada peniaga yang da start berniaga
jom tengok apa ada kat pasar malam nih!..

cakkk!!!...soping time!!!....

sayur-sayuran segar

jagung...

asam² dan coklat

bagai² cenderahati yang ada..

monyet² liar yang telah berjaya dijinakkan...

makanan rasmi di sini...sape yg tak tau?

bantal²....tiada jenama lain selain dari strawberry dan strawberry sahaja...

cenderahati² yang naik rambang aku nak pilih...

sebenarnya sepanjang aku berada di sini...
setiap hari aku ke pasar malam nih..memang tak jemu
bukan nak membeli sangat pun...tetapi sukakan kemeriahannya
waktu malam la paling meriah...dan happening sangat...



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...