Entry ni agak panjang sikit tapi aku suggestkan korang baca sepenuhnya kerana ia merupakan cerita benar yang telah berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu di Iskandariah, Mesir. Kisah ini sungguh menyayat hati dan moga menyedarkan kita dari terus leka dengan permainan dunia yg melalaikan.
pic: ciluk dari google
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis ini dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas tersebut, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat tersebut dibalas dengan jawapan yang mengejek oleh gadis tersebut: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghambukan kata² yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis tersebut ketawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis tadi menghulurkan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambit berkata: "Jika ISLAM itu BENAR tempatkan bilikku di Neraka, ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanan untukku" katanya lagi sambil ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu BIADAB.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan gadis itu. Sayang sekali wajahnya yang ayu tidak sepadan dengan perilakunya yang buruk. Penumpang² lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala. Mereka bersikap tidak menghiraukan gadis tersebut keran khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi tadi tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu dan penumpang mengejutkan tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba² orang tua tadi memeriksa nadi gadis itu, kemudian ia menggelengkan kepala. Gadis tersebut telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang lain menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana yang kelam kabut itu, tiba² tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera mengejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut kerana sesuatu yang aneh menimpa jenazah itu. Mayatnya menjadi hitam seolah² dibakar api. Dua tiga orang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik menyentuh tubuh mayat tersebut. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskannya.
Begitu la kisahnya. ngeri dan menyayat hati. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?
Na'uzubllah...sesungguhnya allah Maha Berkuasa.
Janganlah sesekali mempersendakan atau mempertikaikan hukum Allah mahupun Sunnah RasulNya SAW.
nota tersepit:
seram aku baca kisah nih....harap menjadi panduan kite semua...
pernah terbaca story ni juga...
ReplyDeletesiapalah kita sebagai hamba yang diciptakan oleh DIA untuk mempertikaikan kan? sama2lah kita amik pengajaran dari peristiwa yang berlaku ni...
thanks for sharing dear...
rasa mcm pernah bc crte ni. memang seram.
ReplyDeletetu la kan, main main dengan hukum Allah.
nauzubillah, mna dijauhkan dengan semua ni.
minta dijauhkan...skang ni ape pun Allah bayar cash je...tak yah tunggu akhirat pun kan...
ReplyDeleteSesungguhnya DIA maha berkuasa...
ReplyDeleteThanx for sharing..
Ya Allah Ya Tuhanku.. takut plak.. Tuhan tu maha berkuasa...
ReplyDelete*a'aa jubah tu cantik kan.. kalau tgk dekat blog or fb dia, lagi xkeruan sbb semuanya cun melecun.. hihii.. Kalau nak beli, boleh g dekat fanpage or blog dia...
Actually saya pun nak buat gak entry promote utk dia n semua sponsor yg lain tapi belum buat... :-)
ohya, nanti ena klik la link yg saya kongsi dkt entry hadiah tu tau.. ada link fanpage n blog dia :-)
jangan sesekali mempertikaikan hukum ALlah.
ReplyDeletenah..balasan org yg biadap dan sombong..semoga ianya menjadi iktibar buat semua.
sian kan.. moga anak anak kita di pelihara imannya.
ReplyDeleteSemoga Allah terus memberi rahmat untuk kita semua hidup dan mati sebagai seorang Islam.
ReplyDeleteInilah akibat menperlekeh hukum Allah. Kalau selalu balasan diberi cash begini alangkah bagus dijadikan pengajran pada yg hidup kan..
ReplyDeletemoga kita semua ambil iktibar dari kisah ni ! tq share ye
ReplyDeleteHukum Allah jgn dipertikai.di dunia lagi dah dpt balasan belum lagi diakhirat kelak
ReplyDeletenauzubillah... dunia akhir zaman... bukan di sana shj Allah beri pembalasan tp di dunia pon Allah da beri dan buktikan kebesaranNya..
ReplyDeleteyq 4 sharing ;) semoga menjadi teladan pade kita semua..
ReplyDeleteperbuatan yg dilakukan akn dibalas secara cash....
ReplyDeletePADAN MUKA POMPUAN TU
DeleteBUI X JUMPA KOTAK KOMEN JD BUI GUNA BUTTON REPLY NI..
subhanallah, sampai macam tu sekali tak takut dengan Tuhan kan..
ReplyDeletePernah baca cerita ni..semoga jadi panduan untuk kita semua..
ReplyDeletemuhasabah diri...
ReplyDeleteAllah maha berkuasa..bila2 masa DIA nak tarik nyawa kita DIA akan tarik.. kisah yg memberi pengajaran pd kita semua..
ReplyDeletejgn sesekali mempertikai hukum ALLAH..
itulah kusa ALLAH,boleh tnjuk seta merta.
ReplyDeletekuasa Allah..setiap tindakan yg tak baik pasti ada balasan dariNYA cuma cpt atau lmbt..kisah ni mmg Allah tunjuk serta merta.Semoga jadi pengajaran..:)
ReplyDeleteangkuh sangat
ReplyDeleteSubahanallah
ReplyDeletenauzubillah.. mohon ditetapkan hati pada yang SATU... aamiin...
ReplyDeletebegitulah balasan bagi mereka yag mempermainkan Agama Islam
ReplyDeletenauzubillah..itulah akibat menghina dan mempermainkan agama islam..so,jadikan tauladan kepada kita semua
ReplyDelete