Wednesday, February 13, 2013

Jom gi Cameron

Jumaat:
9.30 malam gerak dari Melaka ke Bukit Mahkota nak ke rumah cucu aku
haaa...jangan tak tahu...semuda muda aku nih (muda ker??)...aku dah bercucu dan bercicit tau!
aku da jadik nenek dan moyang tau....gini lah kalau keluarga dah terlalu besar..
setiba rumah cucu aku...lepak2 kejap...melepaskan penat yang ada
then jam 1.00 pagi kami semua konvoi bergerak ke Cameron Highland

perjalanan agak perlahan kerana kereta banyak kat highway
pape pun Alhamdulillah perjalanan tetap lancar.....

berfoto gerdiks sekejap sebelum bertolak
aku..adik dan kakak

bersama hubby pulak.....
ready...lepas ni nak drive jauh...


Sabtu:
6.30 pagi kami selamat tiba di Cameron Highland
mula2 kami memilih untuk melalui exit Simpang Pulai untuk mendaki
tetapi kerana kesesakan yg berlaku, kami membatalkan aje niat
kami terus mendaki mengikuti jalan lama...JalanTapah...
setelah sampai, kami solat subuh...dan basuh2 muka
setelah itu, jam lebih kurang 7.30 pagi...kami menuju ke apartment

ni la apartment yang kami sewa
ownernya telah maklumkan kunci telah ditinggalkan kat dalam apartment
so kami terus je masuk...

ni nama dia...Puncak Arabella di Tanah Rata
gambar ni di ambil sebelah petang...subuh2 tadi tak nampak...masih gelap

apartment ni not bad jugak..selesa sangat2
sesuai untuk yang datang bekeluarga macam aku nih
ini adalah ruang pertama yg akan dilihat setelah melangkah masuk

ruang TV dia...

ruang dapur yang cantik....

antara kemudahan yang ada..

pandangan dari dapur..

pandangan dari ruang meja makan
aku terlupa plak nak tangkap gambar ruang meja makan la....adussss...

sedikit deco yang ada pada lampu syiling...

apartment ni ada 3 bilik...ini bilik utama....untuk aku

2nd room untuk si kakak dan sepupu dia...

3rd room...untuk ipar aku...tapi ni si adik da rasmi kan dulu..
si adik bergambar dengan cucu dia...merangkap cicit aku..
cucu tua setahun dari nenek dia...huhuhuhu


memang sangat2 selesa dan berbaloi2 untuk di sewa...
satu malam RM250 sahaja....memang sgt2 berpatutan
kami sewa 2 apartment...bab sewa menyewa ni diuruskan oleh anak buah aku..
so aku ikut kan ajela....angguk angguk..geleng geleng aje la...hahahaha..
aktiviti pagi ni adalah qada tido untuk driver2 termasuk my hubby
aku pun qada sama sebab dalam perjalanan bukan dapat tido sangat pun...
terpaksa tahan2 kan mata nih sebab nak temankan hubby yang sedang drive...
yela...temankan dia agar tak mengantuk masa drive kan...
tghri nanti baru aktivi meronda2 akan berlaku...
mana destinsi pertama yang aku kunjung?...nnti kan next entry k...



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

32 comments:

  1. tgah bace entry, tetibe tuan blog hulurkan FM..haaa nsib bek ade gift...hihi

    ReplyDelete
  2. leh bg no tel owner apartment ni tak?mana tau next time leh booking dan sewa kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak simpan contact nom tu..
      insyaAllah kalau sy dapat dari anak buah, saya masukkan nanti k...

      Delete
  3. bestnyaa bila dpt g lagi camron eak huhuhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya homestay tu. cantik. Ena selitkan jugak no owner tu. memang nmpk selesa.

    Bestnya keluarga besar.. dah ada cicit, saya baru ada cucu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah bila dapat contact nom tu sy selitkan k...

      tu la da tuo pulak rasanya...huhuhu

      Delete
  5. bear gak ek..BK nak g hujung bulan3 time cti skolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu cuti mmg ramai..jem la masa kat cameron aritu

      Delete
  6. jom.. jom ... nak gi CH gak lagi dan lagi... dan lagi.. memang sangat suka CH...

    ReplyDelete
  7. Betullah kalau driver tak berteman utk berbual dia pun boleh tidur sama. So sama-sama jaga dan bila tidur sama-sama tidurlah Ena kan..:)

    ReplyDelete
  8. bestnya bercuti..akak nampak muda bah lagi

    ReplyDelete
  9. wahh, best nye...nampak menarik apartment tu...

    ReplyDelete
  10. Best nye g ramai2 kan..ada no tel tuan apartment tu tak? kot2 nk g ke sana nanti ;)

    ReplyDelete
  11. wah bestnya..
    slmt bcuti ya ena..smoga almt semuanya..
    rindu cameron...>,<

    ReplyDelete
  12. cucu?nak panggil apa lak nanti cucu tu pada si kakak? adeh..ikut kan pangkat dalam family belah mak..SA dah ada cucu..gelaran Nek Long..oh my gucci...buruk ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kalau da keluarga besar...camni la gamaknyer!

      Delete
  13. aaaaaaaaaaaa dah lama nak naik cameron tapi tak naik2. wuwuuuu

    ReplyDelete
  14. seronoknya bercuti.apartmentnya pun nmpk selesa n berpatutan harganya

    ReplyDelete
  15. suka betul ngan dapur tuh=)cantik..nurulpun nnt amik apartment=)tak sabar nak g sana=)

    ReplyDelete