hari ini aku nak penuhi permintaan seseorang....iaitu permintaan
Cheida_Mymee
terlebih dahulu aku mintak maaf byk2 kat
Cheida_Mymee sebab lewat nak adakan tutorial ini
bukan disengajakan...tetapi....yang sebenarnya aku baru perasan comment ini tadi...
dengan sepantas yang boleh aku cuba adakan juga tutorial ini demi Cheida...
harap2 ia tak terlewat sgt yer....
da memang lewat pun
masih ingat dengan gambar kat bawah ini tak?
leh klik
sini kalu da lupa yer...
wokeh! atas permintaan Cheida...
aku nak adakan tutorial camne nak jahit bunga2 yang seperti kat atas tu
zoom in ckit:
bunga yang macam ni la...
haaa nak blaja camne buat tak?
jommmmm..!!!!
sediakan 3 barang ni dulu:
1- pearl 4mm
2- manik putih
3- labuci silver
(warna tertakluk kepada kehendak masing2)
buat satu bulatan camni...guna duit syiling seploh sen pun bole
buat satu titik kat tengah dia
pecahkan kepada 7 bahagian
keluarkan jarum di tepi line yg pertama
mulakan masukkan labuci pertama
(Step A) masukkan labuci berselang dengan manik putih
labuci, manik, labuci, manik, labuci, manik, labuci
labuci yang pertama dimasukkan secara tebalik dari labuci 2,3 dan 4
(nampak tak perbezaan dia?..)
tarikkan labuci dan manik tadi ke bawah
masukkan jarum ke tengah2
keluarkan semula jarum tadi ke line kedua
susun labuci dan manik seperti (Step A) tadi
masukkan jarum ke tengah semula...keluarkan ke line yang ke 3
begitu seterusnya buat cara yang sama sehingga line ke tujuh
setelah selesai buat pada line yang ke 7
keluarkan jarum di tengah2
masukkan pearl putih di tengahnya
then jahitkan di tengah2 camni...
siap sudah sekuntum...
nanti buat step yg sama untuk buat bunga yang seterusnya yer...
selamat mencuba....