pic ciluk dari google
Ada di antara korang mengalami masalah begini? Perut Buncit!..
Ini lah perkara yang paling aku runsing kalau aku mula banyak makan..tak suka tau!..tak mau perut buncit!
Perut buncit ni bukan hanya berlaku pada kaum lelaki je..kite orang perempuan pun mudah mengalaminya terutama ibu2 yang pernah bersalin macam aku nih...kalau tak dijaga dengan betul memang mudah perut ni maju kehadapan sesuka ati dia...katakan TIDAK pada BUNCITTT...
Kat bawah ni artikel yang aku pernah terbaca...so aku nak kongsikan bersama di sini...
---------------------------------------------------------------------------
Bagi anda yang masih bujang dan masih mempunyai perut yang kempis (terutamanya lelaki yang aktif), jangan sangka keadaan ini akan berkekalan. Anda pasti perasan bahawa bagi kebanyakkan lelaki, perut yang kempis itu pasti akan berisi dan membuncit selepas berkahwin.
Tanda Bahagia?
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.
Lemak yang terkumpul di perut boleh termasuk dalam kumpulan lemak viseral, iaitu lemak dalam organ-organ dalaman badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Ukut Lilit
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut anda.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit2 seperti kencing manis, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya.
Cara Hidup Sihat
Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan memerlukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
Mungkin cara sedutan lemak atau liposuction boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan.
---------------------------------------------------------------------------
Bagi aku...apapun yang dikatakan....sebenarnya ia bergantung kepada bagaimana kita mengawal cara pemakanan kita. Apa yang sering aku amalkan adalah:
1- Jangan makan dengan banyak..kecuali kalau aku da lapar sangat
2- Aku memang tak minum ais...kalu makan aku lebih suka minum dengan air panas/suam
3- Jangan mandi selepas makan
3- Jangan tidur selepas makan
4- Jangan makan selepas bangun tido
5- Aku jarang makan malam...tapi kkdg2 tu makan la kalu lapar sgt tapi tak makan makanan yg berat2 kerana bagi aku makan malam ni penyumbang utama kepada perut buncit. Lebih baik makan waktu petang dan jangan makan selepas pukul 7...
6- Aku amalkan makan pagi yang berat...tak ambil lunch...dan bila lapar makan la biskut/roti/buah waktu petang...
7- Jangan minum air banyak pada waktu malam.
Dan yang paling utama...JANGAN sesekali biarkan perut kite kosong...tak mau nanti penyakit yang tak diundang plak yang datang...
Satu lagi..last..last...
Senaman pun penting tau...tapi kite para ibu mana yang tak sempat bersenam2 ni gajin2 kan diri membuang peluh dengan mengemas rumah atau buat la ape aje yang boleh mengeluarkan peluh...agar kita lebih sehat dan ia bagus juga untuk peredaran darah kite..
Wah da macam pakar kesihatan pulak!..hehehe...ok da abis....korang plak mcm mana? ada macam aku buat tak? meh la kongsi bersama...
nota tersepit: hubby aku sendiri pun pewot dia da maju ke depan..acaner tuh??
Good one ena'. perut buncit ni memang ngeri tak kira lelaki atau perempuan...kena buat sit up selalu..so boleh maintain!!
ReplyDeletesit up..alahaii..tak bape nak pandai buah...hahaha
DeleteLambang kemakmuran kata depa. Hahaha!
ReplyDeletehahahaha....makmur sungguh!
DeleteHb ai pun perut maju ke depan bergganda ganda. Tak tau cane nak buat. Suka sgt mkn tgh2 mlm.
ReplyDeletetula...sama la hb kite...maju kedepan
Deletenice sharing.. sy sndri pon pewut mcm 4 bulan da..
ReplyDelete:P
ehehe...uik...da ada ke dlm pewot tu?
Deletememang seram kalau tgk perut ni naik...susah gak nak maintain bila dah bersalin ni..tapi usaha gak la supaya tak naik banyak sangat...hehehehe...
ReplyDeletemmg pun...nak maintain mcm sebelum kawen mmg xleh da..sana sini kembang..asalkan tak naik sgt ok la...janji leh pakai mana2 baju udah la kan..
DeleteTu lah kan..lelaki lepas berkhawin ramai yg buncit..hehe..hubby dulu pun ia.. tapi lah ni dah kempis balik..rajin buat kerja..peluh sentiasa keluar..sy plak mmg jarang mkn mlm..pagi breakfeast berat jg..lunch kdg2..:)
ReplyDeletebgusla camtu...kena maintainkn tuh..
Deletesinggah selasa..lawat Ena :)
Deletekak.. dear husband saye pon perut makin kedepan.. da makin worse.. da penat tegur.. taktau cemane nak amalkan gaye hidup sihat da..
ReplyDeletehehehe..ati senang..tu yg xleh control
DeleteCheqkaq pon dh rasa kain dh banyak ketat,seluar pon dh bnyak x muat gara-gara perut buncit..hadoi...makan tak jaga cmni laa gayenya..bila laa nk tobat ni
ReplyDeletetula..sy pun kalu da mkn byk gini jugak sana sini ketat..pastu mula la tensionnn
Deletecuci baju pakai tangan..senaman gak tu..satu lagi jangan makan kari kerap sangat..koz leh wat buncit perut..hehe..yeke??
ReplyDeletesenaman yg sehat tuh!..hehehe
Deleteyela...kari pun byk minyak kan...
bagus info mcm ni sebagai panduan
ReplyDeleteye KA panduan utk kite semua..hehehe
Deleteterima kasih share info yg berguna nih
ReplyDeletesama2 PU..
Deleteas-salam..
ReplyDeleteye ke..tenq share..
wsalam...
Deletewcome..
paling pantang adalah minum ais lepas makan... tapi kekadang terlepasjugak.. haha
ReplyDeleteyela..sama jugak..
Deletekkdg tu geram gak tgk ais kan
sixpack ialah perut idaman lelaki..huhu
ReplyDeletenak elak xmo bg buncit jgn mkn nasi berulam air.
ye..setuju..sy biasa dgr org ckp camtu...
Deletekalau pompuan, bila perut buncit mula la nak sapu itu ini. kalau kaum adam... bior je lah. dah nak buncit.
ReplyDeleteperut perempuan pun buncit jugak. tapi tak de la sampai mcm perut kaum adam tu. hahahaha...
btul..btul...sy biasa beli cream dr cosway tu...tp lelama da mls nk sapu..hahahaha
Deleteassalamualaikum ena...takut pula rasanya mcm ni x boleh buncit kan...:)
ReplyDeletewsalam...
Deletetu la...kite jgn la buncit sangat...skit2 bole la kot..hehehe
thanks 4 sharing. good info. sesuai dbca brsama n3 Sy arini..Hehehe
ReplyDeletewcome..oh yeke..nnti sy terjah k..
Deletebetul lah tu perut buncit tanda bahagia..hahahaha
ReplyDeletesemua amalan ena tu el praktikan..pttlah buncit kahkahkah
tp el ni jenis lau xmkn..perut kempis..lau mkn tudia buncit dah..sng naik badan el ni...
tp siyes lau x mnm ais gerenti perut x buncit..sbb time pantang ritu bolehlah 6bln gagah x mnm ais..mmg badan el x naik2..n maintain perut pun kempis..tp pas2 haa hambek ko ais x hengat...siang mlm berais muahahaha
kurangkan makan nasi sebab nasi tu punca utama berat badan naik..
ReplyDeleteNice tips dear..M kurangkan makan nasi
ReplyDeletekena diet lah lepas ni.. Takut jugak kena penyakit
ReplyDeleteperut mmg tgh kedepan nie.haha..lepas bersalin nti nk bf baby plak pastu msti selalu lapar,bila lapar mesti makan...bila makan mesti byk..alahai cmna la perut kan kempis?hiks..
ReplyDeletemalam minum susu anlene n makan oat jer...
ReplyDeleteni mmg masalah okje ni na...camne ek....kena buat sit upkan...tapi tulah...tak disiplin!
ReplyDeletekita ni manusia perut je maju ke depan..masa depan x tau maju ke tak..hehe...
ReplyDeletebagus tip akak nih
ReplyDelete