Thursday, January 31, 2013

Pistol Terbesar Di Dunia

The Remington 1859..Pistol terbesar ini telah dicipta oleh Ryszard Tobys of Czempin..

besar pistol dari tuannya..

peluru dia da macam bom je..

tengokla perbezaannya dengan pistol biasa

kalu aku la bukan kata nak menembak....nak angkat pistol ni pun da tak larat

agak²nya kalu kena tembak mau berkecai semua isi perut kan..













TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, January 29, 2013

"PCL , tolong review blog saya".

please....please!!...please!!....PCL
review blog saya
please..please...please...PCL..plssssssssssss!!!
saya nak blog saya direview...plssss..plsss
harap2 PCL mendengar rayuanku yang mendayu2 ini..
ohh PCL...plsssssssssssssssssss!!
 
 
 
amacam?...agak2nye PCL layan tak rayuan aku nih?
korang pe lagi..meh la sesama merayu...terjah la kat SINI kalu nak join
 
 
 
 
 





TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

2nd GA - KAIN PASANG

First time join GA
First time jugak join GA dari Blog Cik Intan Berlian nih!
Tak menang takpe (dalam ati..nak nak nak) yang penting nak support Cik Intan kite nih!..
Moh ramai-ramai support Cik Intan kite
Hadiahnya adalah Kain Pasang seperti gambar di atas serta satu hadiah misteri
Nak join moh click pada gambo atas atau click SINI







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, January 28, 2013

Gabungan Bracelet dan Bunga

apa la maksud tajuk tu agaknye kan..
pada yang paham tu ...ok la
pada yang tak paham tu..
maksudnya adalah gabungan jahitan manik bracelet dan bunga-bungaan
cer tengok gambo kat bawah..

gambar keseluruhan

zoom in sikit..

bahagian lengan baju

bahagian leher


lengan dan leher

bahagian kaki baju..

ini lah yang baru aku siapkan
kali ni aku mencuba menggabungkan jahitan bracelet dan bunga
nampak cantik jugak...harap2 owner dia suka...hari nie baru nak serahkan kat dia...huhuhuu..


nota tersepit:
bape ari ni tak sempat nak BW sebab nak habiskan jahitan manik nie...customer nak gi majlis kawen ujung minggu nih....nanti aku terjah umah korang k..tunggguu...





TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, January 23, 2013

Muka Cantik tapi Kuat Menghisap


Awek-awek ni...
Muka memang cantik..
Tapi kuat menghisap..
Hisap ape?...meh tengok sendiri

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



haaa...hisap rokok la...
jangan dok pikir lain k..
ni la artis-artis Indonesia yang cun-melecun
nampak lagi cun bila menghisap camni..baikkkknye tarikkk!!
tapi biasala zaman sekarang
bukan kata artis di indonesia aje
kat mesia ni pun takde kurangnya..
perkara ini adalah biasa...
kalau tak menghisap camni
umpama ketinggalan zaman
tak trendy...
tak moden...
takde style...
btul tak?



nota tersepit:
kalau aku camni ape la ghupernye ek??? ohh TIDAKKKK!!!


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, January 22, 2013

Berhimpun la pulak!...


PERHIMPUNAN RAKYAT 1 MALAYSIA
GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA
 
ni lah yang aku terjah petang tadi
arini Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) datang ke Melaka
untuk adakan perhimpunan ini..
lokasi terpilih adalah di:
 
Melaka International Trade Center (MITC)
gambar gegar plak!...tapi still nampak kan..
 
 keadaan di dalam dewan sebelum majlis bermula...ketika ini orang mula memenuhi dewan
kerana aku bukan orang penting...dan juga bukan bekerja dengan gomen..
lokasi terpilih dan terlayak adalah duduk di bahagian belakang..huhuhu
 
setelah ketibaan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
aku tangkap gambo ni kat layar yang berhampiran aje
sebab da dok jauh ke belakang la kata kan...
 
jam 3.00 petang majlis pun bermula...
pengacara majlis mengalu2kan kedatangan VVIP, VIP bukan VIP dan rakyat jelata spt aku..
 
ucapan pendahuluan daripada Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka
aku agak kecewa sedikit masa mendengar ucapan beliau..
bukan sebab ape yang beliau ucapkan..
tetapi kecewa sebab tidak dengar sepatah haram ape yang dia ucapkan
aku tak pasti ape masalah utama..
tapi ape yang aku hadapi kedengaran suara beliau bergema2
sampai tak boleh dengar ape yang dia sebutkan
tatau la disebabkan speaker atau faktor dewan yang besar tu
tapi ape yang aku perasan...sesapa yang duduk depan dengar dengan jelas ucapan beliau
sebab tiba2 aku nampk dorang gelak2....
ooOOo..mybe masa ni Datuk Ali tengah buat lawak kata ati akula..
tiba2 aku tengok..dorang tepuk tangan..ooOoo..mybe masa ni Datuk Ali tengah menyemarakkan semangat cintakan UMNO...kata ati aku lagi..
last2 sayup2 aku dengar macam Datuk Ali menyanyi....aku pasang betul2 telinga ni..
 
"Kalau anda gembira tepuk tangan!!"
"Kalau anda gembira begini lah caranya..."
"Kalau anda gembira tepuk tangan..."
 
aku pun tengok dorang sesama tepuk tangan mengikut rentak lagu nih
sah!..memang itu yg dia nyanyikan..berulang2 lak tuh
tapi ok la..at least sumer nampak hepi...
sebab ape dia leh nyanyi camni pun aku tatau...hahahaha
 
jam tepat pukul 4 petang...turn TPM memberi ucapan
 
masa ni aku tak dapat stay lama..
sebab terpaksa balik opis...
wpun ketika nak balik ni aku menghadapi cabaran hebat kerana tidak dibenarkan keluar dari dewan oleh petugas2 yang bertugas serta semua pintu dewan ini telah dikunci (dirantai) dari luar...tetapi aku tetap berjaya memboloskan diri aku...hahaha
 
 
nota tersepit:
apa motif aku datang ke sini pun aku tak berapa pasti..mybe sekadar nak bagi sokongan kot!..1 Mesia! 1 Mesia! idup UMNO..uik tetiba...! hahahaha...
 
 



 

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, January 21, 2013

Ibu Yang Gila Merah Jambu...

Bercakap tentang warna, setiap kite mesti mempunyai minat warna yang berbeza²....ada yang minat pada warna merah, biru, kuning, hijau, purple...dan sebagainya. Ada tu yg terlalu gilerkan sesuatu warna tu kalau boleh nak disalutkan segala bagai di sekelilingnya termasuklah satu badan nak diwarnakan warna kegemarannya.

Kerana dek ketaksuban terhadap warna PINK, seorang wanita telah mengubah keseluruhan rumahnya serta barang² keperluannya dengan warna kegemarannya itu...tetapi yang paling menarik lagi dia sanggup mengubah warna pink kepada warna biru setelah dia mempunyai anak lelaki. Jom baca kat bawah nih....
--------------------------------------------------------------------------
Setiap orang mempunyai warna kegemaran, tetapi seorang wanita telah menjadi sangat ketagih kepada warna merah jambu sehingga cat keseluruhan rumahnya dengan warna itu. Tetapi selepas melahirkan seorang anak lelaki, dia memutuskan untuk menghias semula keseluruhan rumahnya dengan warna biru untuk membuatkan dia merasa lebih selesa di rumah.

Wanda Matthews, 25, begitu ketagih kepada warna merah jambu dan warna itu adalah segala-galanya dalam hidupnya dari pengering rambut sehingga sarung tangan juga dengan warna yang sama. Tetapi apabila dia hamil dan bakal menimang anak lelaki dia memutuskan adalah tidak adil untuk anak itu membesar dengan persekitaran merah jambu itu. Dinding rumah telah bertukar kepada berbunga-bitu langit, juga permaidani dan sofa, semuanya serba biru.
...macam mana la kalau anak dia 5 orang..mesti tema color bertukar² lima kali kan...besar btul modal tuh!..tak sanggup aku..

Di dapur, segala yang bewarna merah jambu juga kini telah dialihkan dan diganti dengan yang berwarna biru. Namun, baginya, jika dia melahirkan anak perempuan dimasa akan datang, kemungkinan besar beberapa kawasan dalam rumah akan bertukar warna semula.
...bertuah la anak dia...setiap musim umah berubah2 warna....mesti rumah dia sentiasa ceria....

--------------------------------------------------------------------

nota tersepit: warna kegemaran aku adalah biru laut...warna kegemaran korang plak warna ape?



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, January 20, 2013

Bencinya nak buat!!!!

sesungguhnye aku tiada niat lain selain hanya nak berkongsi rasa hati...betul..takde niat lain..tiada tujuan nak menunjuk-nunjuk pun..harap jangan salah paham yer...

apa yang korang PALING BENCI nak buat bila ujung minggu?
pada aku.....paling aku benci adalah nak GOSOK BAJU!
ni la buktinya...


satu bakul yang menggunung...
penuh dengan baju kerja aku aje...bukan ini aje..ada lagi..

tu dia...menggunung sebakul lagi..ntah bila nak gosok tuh!
ni la padahnya kalu keje dok nak beli baju ajer..
beli..beli..punye beli..tak sedar da menggunung!
nak gosok da malasss...adoiiiyaaiii..
sampai hubby kata dia nak bukak pasar malam..
nak jual baju2 aku nih!...ada ke patut?..sampai hati u!

ni pulak stok yang telah digosok..leh la bertahan untuk 3 atau 4 minggu lagi
pakai la dulu yang ini...huhuhuhu
aku suka gantung2 aje baju keje aku camni....
sebabnya mudah nak tengok dan mudah nak cari
tapi masalahnya tiap2 pagi mesti aku jadik pening
ape yang aku peningkan??...nak pilih baju yang mana satu nak pakai gi keje arini?
mesti aku menung lama depan baju2 nih...dok pilih n belek2 mana satu nak pakai
sampai da tatau nak pakai yang mana satu...
pastu pening nak padankan ngan tudung yg mana satu...
adoiiiyaaiii...da banyak sampai takleh nak pilih...
bila tak banyak baju..rasa macam takde pilihan pulak...
ni la gamaknye orang pompuan yang TAMAK berbaju macam aku!
korang ada masalah mcm ni tak..?







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, January 17, 2013

Bunga: Part 3

terasa seperti da lama tak buat tutorial kan..
arini nak ajar sesuatu kat korang
nak ajar apa? haaa nak ajar buat bunga lagi...
bunga ni merupakan bunga yang paling mudah sekali nak buat
sebab apa? sebabnya step tuk buat kelopak bunga ini adalah sama aje dari mula sampai la habis
tapi bila da siap....nampak anggun dan cantik sangat

ni la bunga yang dimaksudkan..
nak belajar buat bunga yang ni tak?...
jom layan gambo kat bawah..

memula jahitkan manik acrylic bulat besar ni dulu
kemudian keluarkan jarum kat sebelah tepi nya..
masukkan pearl saiz 4mm dan labuci seperti dalam gambo ni...
iaitu mulakan dengan memasukkan sebiji pearl
kemudian diikuti dengan 2 keping labuci dengan menghadapkannya ke belakang
tambah lagi 2 keping labuci dengan kedudukan menghadap ke hadapan..
bole paham kan...

setelah itu tarikkan pearl dan labuci tadi jadi camni...
nampak kan berbezaan kedudukan labuci tu..

kemudian masukkan jarum ke bawah kain..
dan keluarkan semula kat tepi manik aryclic...

tarik jarum tadi...keluarkan benang tersebut..

(sori gambo gegar sikit)
buat step yang sama....untuk kelopak yang seterusnya

hampir siap da nih....teruskan usaha..

siap gak akhirnya...
macam mana? senang aje kan...
kepada yang berminat bole buat nanti k...selamat mencuba..!



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...